Monday, March 12, 2012

DATUK MALEK NOOR,56 SELAMAT BERNIKAH DENGAN DR. WAN ASMA,52 (12/03/2012)

12/03/2012-11:29pm
As-Salam
Jodoh dan pertemuan dalam kuasanya, siapa sangka dalam kelewatan usia Allah masih menganugerahkan jodoh yang sama cantik dan padan buat Saudara Malek Noor. Tahniah! Moga Allah merahmati beliau dan pasangannya.

http://www.ohbulan.com/datuk-malek-noor-bernikah-hari-ini/

_____________________________________
Malek Noor Akhirnya Jadi Suami Kepada Pakar Pediatrik
 Isnin Mac 12, 2012 

Malek Noor berharap agar perkahwinan pertamanya ini kekal sehingga ke akhir hayat.



PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.
Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.
Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.
Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.
Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.
Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.
“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.
Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.
Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.
Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.
Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).
_______________________________________End


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: