18/03/2012-02:46am
As-Salam
Menarik perjalanan hidupnya...dari miskin berubah menjadi billionaire.....
____________________
Pengasas Red Bull meninggal dunia
BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.
Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.
Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.
Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.
Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.
Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.
Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.
Pada tahun 1984, beliau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz.
Mateschitz menyedari potensi minuman tonik tersebut semasa melawat rantau Asia.
Mereka mula menjual Red Bull di Austria pada tahun 1987.
Rakan niaga itu masing-masing memiliki 49 peratus kepentingan dalam Red Bull manakala baki dua peratus saham dipegang oleh anak lelaki Chaleo, Chalerm.
Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.
busuk.org
Bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.
Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.
Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu dengan nama yang sama.
Keluarga Chaleo bersiap sedia untuk mengadakan upacara agama Buddha selama seminggu di sebuah tokong di sini ekoran kematian ketua keluarga tersebut. - AFP
________________________________End
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment