09/03/2012 - 12:27am
Salam.
Al fatihah buat mangsa kejadian ( Allahyarham Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13) dan takziah buat keluarganya.Tenyata sesuatu perlu dibuat agar status tanah di sini dapat ditentukan ia selamat diduduki.
_____________________
Anak tertimbus
Jumaat, 09 Mac 2012
RUNTUH...kawasan runtuhan di Jalan Belfield
KUALA LUMPUR: “Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.
Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.
MUSNAH...sebahagian rumah yang terkena runtuhan
MUSNAH...sebahagian rumah yang terkena runtuhan
Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.
“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.
http://www.hmetro.com.my/articles/Anaktertimbus/Article
__________________________________End
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
1 comments:
Tu lah, ajak Dia... Bapak Dia suh masuk dlm Umah sbb ujan lebat kan, tau2 tanah runtuh plak yg dtg... AlFatihah...
Post a Comment