Friday, March 9, 2012

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KUARTERS KERANI POLIS DI JALAN BELFIELD OFF JALAN MAHARALELA 08/03/2012 (VIDEO)

09/03/2012 - 12:27am

Salam.
Al fatihah buat mangsa kejadian ( Allahyarham Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13) dan takziah buat keluarganya.Tenyata sesuatu perlu dibuat agar status tanah di  sini dapat ditentukan ia selamat diduduki.

_____________________

Anak tertimbus

Jumaat, 09 Mac 2012

RUNTUH...kawasan runtuhan di Jalan Belfield
RUNTUH...kawasan runtuhan di Jalan Belfield

KUALA LUMPUR: “Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!,” jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi.
Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.



Menceritakan kejadian, seorang jiran, Zaharah Hashim, 54, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.


Foto
MUSNAH...sebahagian rumah yang terkena runtuhan

Foto
MUSNAH...sebahagian rumah yang terkena runtuhan

“Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya.

Dia berkata mereka menggunakan pintu dan serpihan kayu untuk menahan tanah yang masih bergerak manakala jiran lain segera menelefon bomba.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata anggota bomba yang berkejar ke lokasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup ketika dikeluarkan.


“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL,” katanya ketika dihubungi semalam.

http://www.hmetro.com.my/articles/Anaktertimbus/Article

__________________________________End


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Tu lah, ajak Dia... Bapak Dia suh masuk dlm Umah sbb ujan lebat kan, tau2 tanah runtuh plak yg dtg... AlFatihah...