Saturday, July 21, 2012

AL FATIHAH-ISMAIL HUTSON MENINGGAL DUNIA 1.13 PAGI - 21 JULAI 2012 (1 RAMADHAN 1433H)

21/07/2012-01:14pm
Assalam
Al Fatihah...
Perginya Ismail Hudson ke rahmatullah pada pagi 1 Ramadhan 1433H ini....agar rohnya
tergolong dalam golongan orang2 yang beriman
________________________________
Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Penyakit Jantung
Sabtu Julai 21, 2012





PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson telah meninggal dunia pada pukul 1.13 pagi Sabtu (21 Julai 2012) ini akibat komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.
Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di CCU pada Selasa lalu di hospital tersebut selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.
"Ini kerana sebelum ini, dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.
"Agak ralat juga kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.
Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara seksyen 9.
Selain Hafidzah, Allahyarhan juga telah meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Allahyarham yang merupakan Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi di bidang seni lakonan selama hampir 20 tahun.
Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.
Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).
_________________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: