Monday, July 23, 2012

NAMEWEE BIMBANG......ADA AKU KESAH

23 July 2012 - 12:25am
Assalam
Kekadang manusia nie bila melakukan sesuatu tak berfikir panjang,menyakiti orang lain dan menikmati keseronokannya dengan rasa bangga yang amat sangat dan bongkak,jadi bila memerlukan orang tu   (produk yg orang tu jer yg akan tengok ) mulalah buat muka sedih dan menyesal...sebenarnya cuma nak untung jer...so..jangan teperangkap dan say NO to this kind of thing dan jangan dipergunakan...NO THANKS...gunakan duit anda untuk jalan beribadah....(lagipun banyak produk lain boleh tengok hasil orang kita)
Ref this:http://www.bicarajutawan.com/forum/t44615/

_____________________________
Namewee Bimbang Jika Rakyat Malaysia Belum Memaafkannya

Namewee



PETALING JAYA: Pengarah filem dan penyanyi rap Namewee berkata dia masih bimbang dengan penerimaan masyarakat ekoran kontroversi video menghina lagu Negaraku yang pernah dicetuskan olehnya sebelum ini.
Pemilik nama penuh Wee Meng Chee, 29, berkata, walaupun kontroversi yang berlaku pada sekitar 2007 itu sudah selesai, dia masih tertanya-tanya adakah masyarakat Malaysia sudah dapat memaafkan kesilapannya.
“Saya sering disalahertikan dalam perkara yang saya lakukan. Sebagai contoh, 95 peratus kandungan lagu rap dan filem saya memaparkan mesej positif, keharmonian dan kasih sayang tetapi kandungan berunsur kontroversi sebanyak 5 peratus juga yang dapat perhatian khalayak.
“Terus-terang, sehingga kini saya masih tertanya-tanya sama ada masyarakat sudah dapat menerima saya sepenuhnya selepas apa yang tercetus (kontroversi video) sebelum ini,” luahnya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Namewee menimbulkan kontroversi apabila dikatakan menghina negara melalui lagu Negaraku di laman YouTube pada 2007. Kes itu bagaimanapun ditutup selepas pihak polis berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan.
Katanya, perasaan bimbang itu sekaligus membuatkan dia enggan meletakkan sebarang sasaran kutipan terhadap filem keduanya berjudul Hantu Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Ogos depan.
“Kutipan filem pertama Nasi Lemak 2.0 ditayangkan pada 8 September 2011 adalah sebanyak RM7 juta, membuatkan saya tidak berani letak sasaran tertentu pada filem kali ini.
“Jujurnya, saya bimbang kalau orang belum dapat melupakan kontroversi itu sekaligus menjejaskan kutipan Hantu Gangster pula.
“Sebab itu. saya tiada masa hendak fikir mengenai soal kutipan. Saya hanya harap kutipan filem kali ini konsisten dan tidak mengecewakan,” ujarnya.
Mengenai Hantu Gangster yang bertemakan dunia gengster, Namewee berkata, dia mendapat ilham tema berkenaan berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan datuknya di Muar, Johor.
“Saya dapat ilham filem ini daripada kisah sebenar hidup datuk saya. Ketika muda dulu, dia menjalankan perniagaan kedai kopi yang sering dikunjungi kumpulan-kumpulan gengster.
“Menurut cerita datuk, kumpulan-kumpulan gengster ini wujud bagi melindungi kaum dan penduduk dan bukannya untuk menunjukkan kuasa atau bertindak jahat.
“Dalam filem ini, elemen itu hanyalah metafora atau simbolik kerana di sebaliknya saya mahu paparkan mesej perpaduan antara kaum,” katanya yang kini sibuk di lokasi filem ketiga berjudul Karaking untuk tayangan Tahun Baru Cina nanti.
Hantu Gangster dibintangi antaranya Namewee sendiri, Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam.
Ia terbitan Prodigee Media Entertainment dan bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Raya.
___________________________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)


2 comments:

Mak lagenda said...

YA..mak adalah salah seorang rakyat malaysia yg masih blum bleh memaafkan dia sbb..bukan lagu negaraku je pertama dan terakhir hinaan yg dia buat. Lps tu bknkah dia ada buat lagu pengetua dan tnb too??

Mmg x hinggin nak buang duit utk sokong filem sampah dia

ASSOYFINGER67 said...

Mak lagenda;
Akupun tak suka cara dia...menghina cara halus dan tanpa menyalahi undang2..menyindir (cth:suara azan)