Thursday, July 12, 2012

ANITA SARAWAK DIJUMPAI BERJUBAH DAN BERTUDUNG DI U.S


12/07/2012-12:09am

Assalam.....
Alhamdulillah
Petunjuk tak mengira siapa....Kasih sayang Allah pada makhluk ciptaannya bersifat Maha Pengasih!

___________________________

Kak Nita bertudung?

Gambar hiasan
nusha1706.blogspot.com
Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah. 
Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

______________________________EnD

0 comments: