Tuesday, July 24, 2012

RITA RUDAINI - BAHAGIA YANG DIPAPAR BUKAN LAKONAN 2012


24/07/2012-11:04pm

Assalam...
Semua orang menginginkan isteri yang cantik,bekerjaya dan dapat melahirkan anak...tugas suami membentuk isteri dari buruk menjadi cantik,dari kasar,menjadi lembut dan dari kurus menjadi buncit...haha..itu hanya gurauan yea!Dalam kes ini rupanya susah lagi strategi nak berumahtangga dari menjaringkan gol...apapun akur pada ketentuan Illahi adalah yang terbaik selain berusaha menjadi lebih baik.

_______________________

Hatiku sudah 'tepu' - Rita

23/07/2012


Melihat dari luaran pasti ramai yang menyangka wanita 36 tahun ini begitu kental untuk menghadapi segala dugaan yang tiba dalam hidupnya. Tidak kurang juga yang menganggap dia berpura-pura kelihatan tabah, sedangkan realitinya beban pergolakan rumah tangga begitu menghiris dirinya.
Bagi Rita Rudaini Mokhtar, bahagia yang dipaparkan bukannya satu lakonan.
Wajah tenang, tabah dan sesekali tersenyum mesra ketika muncul di mahkamah, adalah gambaran sebenar dari perasaannya sendiri, bukan olok-olok.
Tidak mahu berlakon mengenai perasaan, secara jujur Rita memberitahu bahawa dia lebih bahagia dalam keadaan sekarang.
"Hati saya sebenarnya sudah tepu untuk terus meratap. Hari ini, masalah rumah tangga yang kekal bergolak semenjak tahun lalu, tidak sedikitpun memberi beban perasaan kepada diri saya.
pix_middle
Raya tahun nie pasti tak begini
http://www.hmetro.com.my/articles/BertuahadaAidil/Article/artikelMA
Perlu lebih kuat
"Sebaliknya, di sebalik segala dugaan ini, Allah menghadiahkan saya dengan bahagia yang sangat hebat," kata Rita.
Menurut pelakon jelita ini, beberapa hikmah besar berlaku kepada dirinya sepanjang tempoh krisis rumah tangga berlaku. Jika selama berkahwin dia langsung tidak ambil peduli tentang diri sendiri, sekarang keadaan berubah. Dia berasa semakin kasih dan sayang kepada dirinya sendiri.
"Waktu yang ada saya gunakan dengan lebih baik untuk diri sendiri. Banyak yang saya buat untuk 'memanjakan' diri sendiri, selain dengan anak-anak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Balistik di Subang baru-baru ini.
Menurut Rita ketenangan menghadapi segala permasalahan ini kadang-kala menimbulkan kesangsian ahli keluarganya yang lain.
Mungkin wajah tanpa reaksi sewaktu hadir ke mahkamah juga menyebabkan banyak teman bertanya, bagaimana dia boleh setabah itu.
"Menghadapi waktu sukar dengan hati yang tenang, merupakan antara bahagia yang saya kecapi kini.
"Malah ada di antara keluarga menyoalkan perasaan saya ketika hadir ke mahkamah, namun secara jujurnya hari-hari yang memerlukan saya hadir ke mahkamah sedikitpun tidak mencuit rasa sedih atau pilu saya," katanya tenang.
Menolak untuk menyatakan dia tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga sendiri, menurut Rita pemergian ke tanah suci Mekah baru-baru ini memberi peluang untuk dia lebih banyak mengadu soal rumah tangganya kepada Yang Maha Esa.
"Saya ada berdoa, jika benar suami merupakan yang terbaik untuk keluarga kami, maka dekatlah dia semula.
"Selain berdoa, saya juga sudah usaha untuk membahagiakan semula rumah tangga kami sebelum ini. Dan sekarang, saya serahkan kepada Allah SWT untuk apa juga takdir kehidupan kami," katanya yakin.
Menurut Rita, sebagai seorang manusia biasa dia tahu kuasa agak terbatas untuk mengawal nasibnya di kemudian hari. Sama ada bercerai atau tidak dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak, segalanya masih samar untuk ditelah.
Dengan itu, usahanya kini hanya untuk menyelamatkan dirinya dan anak-anak dari dihimpit masalah kewangan.
"Saya kembali aktif berlakon bukan hanya untuk mencari populariti tetapi inilah punca rezeki. Ditambah tanpa suami, saya tahu saya perlu lebih kuat bekerja demi menyara anak-anak sendirian," katanya.
Tahu bukan selamanya bidang lakonan ini mampu menjadi periuk nasinya, Rita bakal menjengah ke dalam bidang perniagaan pula tidak lama lagi.
"Perancangannya sudah ada, sudah bermula pun. Tetapi masih awal untuk saya beritahu orang lain.
"Cukup kalau saya katakan perancangannya sudah ada. Malah melihat sendiri apa yang terjadi, kini saya tahu sebagai wanita kita perlu berfikiran lebih jauh demi masa depan.
"Buat masa ini saya masih lagi belajar dengan beberapa orang rakan lama. Seperti Rosyam Nor, melihat sendiri kejayaan dia kini, saya juga mahu menjadi sepertinya suatu hari nanti," katanya yang akan turut berlakon di samping Rosyam Nor di dalam filem Balistik.
Dicuit soal anak-anaknya yang menjadi nadi utama kehidupannya, kasih Rita terhadap dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin,3 dan Airit Rafiqa Arjuna,1, menjadikan dia seorang yang lebih bertanggungjawab. Dia tidak pernah berasa sendirian, diari kehidupan sentiasa sarat dengan agenda kerjaya dan peribadi.
"Syukurlah kedua-dua anak lebih rapat dengan saya. Jadi ia tidak menyukarkan mereka untuk memahami mengapa ayah mereka tidak bersama kami.
"Saya tidak mempunyai pembantu rumah. Kami cuma ada seorang penjaga yang akan datang setiap kali saya bekerja di luar. Selalunya paling lambat saya akan pulang kerumah adalah jam 10 malam.
"Dan jika saya terpaksa bekerja di luar, saya akan pastikan kedua mereka mengikut saya ke mana sahaja," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

_____________________________________EnD





visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: