Friday, August 10, 2012

MAWI, ASMA UL HUSNA LAKU 5 RIBU UNIT WALAU BARU SEMINGGU DI PASARAN


10/08/2012-03:08am

Assalam..
Sedap suara Asmawi tak boleh nak dipertikai...namun Sami Yusuf (Asma Allah) amat menyentuh....so nice! Apapun Mawi memang bersuara merdu dan penyampaian pun tip top...!
________________________________________________

TAHNIAH!!

KEPUTUSAN PANDALELA RINONG MENANGI PINGAT GANGSA BUAT MALAYSIA | PANDALELA MENANG PINGAT GANGSA OLIMPIK

Read more:http://sukakereta.blogspot.com/2012/08/keputusan-pandalela-rinong-menangi.html

________________________

Saya bukan artis nasyid

Jumaat , 10 Ogos 2012, 21 Ramadan 1433 H

pix_gal0

Buah tangan terbaru penyanyi yang pernah digelar Raja SMS, Mawi iaitu album berkonsep Islamik, Asma Ul Husna terjual lebih 5,000 unit biarpun baru seminggu di pasaran. 

Taring pemilik nama penuh Asmawi Ani ini rupanya masih berbisa. Dalam kelembapan jualan album, kejayaan meraih jualan tinggi dalam tempoh singkat mencetus tanda tanya apakah mungkin Mawi beralih arah untuk menjadi penyanyi nasyid? 
Namun, jika dilihat perkembangan kerjaya ,
bintang Akedemi Fantasia (AF) ini,Asma Ul Husna bukanlah nashkah pertama berkonsep kerohanian yang dihasilkan penyanyi ini. Sebelum ini, Mawi pernah menghasilkan album Doa, Berzanji dan Qasidah Berlagu.



Sebenarnya, hasrat untuk membikin album ini sudah terdetik sejak dua tahun lalu. Namun, baru kini menjadi kenyataan selepas pertemuan dengan penyanyi Hafiz Hamidun. Muncul dengan album ini bukanlah bermakna saya mahu menjadi penyanyi nasyid. Saya masih seperti dulu dan imej saya sebagai penyanyi pop tidak pernah berubah. 

Album ini dihasilkan adalah kerana jiwa dan naluri saya memang bermula dengan konsep kerohanian, jelas penyanyi berusia 30 tahun ini ketika ditemui pada majlis pelancaran album dan buka puasa anjuran Arteffects International di Mutiara Damansara. 

Tak kecewa dengan pop 

Tegas Mawi lagi, pembikinan album itu juga bukan disebabkan dia serik dan kecewa apabila album pop dihasilkannya tidak mendapat sambutan. Album pop tetap perlu bagi saya terutama untuk menyertai majlis anugerah seperti Muzik-Muzik. Manakala album berkonsep kerohanian adalah satu alternatif untuk peminat saya. 

Lagu begini diminati pelbagai lapisan masyarakat dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Saya juga tidak pernah membelakangkan album pop dan terbaru saya baru muncul dengan single lagu pop ciptaan Datuk M Nasir berjudul Termolek yang sedang diputarkan di ruangan lagu baru di radio, ujar bapa kepada Cahaya Malaika ini. 

Mengenai album Asma Ul Husna, Mawi berkata, pembikinan album itu dihasilkan dengan kerjasama syarikatnya, MW Entertainment Sdn Bhd dan Arteffects International yang diasaskan Hafiz. Dalam album ini, Mawi mengagungkan nama-nama Allah diiringi melodi ciptaan Hafiz dan dirinya sendiri. 

Seronok jadi bapa 

Beralih kepada perkembangan terbaru dirinya yang bergelar bapa, Mawi mengakui seronok dan teruja dengan tanggungjawab barunya itu. 

Selalunya, apabila waktu malam jika Cahaya terjaga dari tidur, saya akan terjaga sama. Ini kerana dia akan berbunyi seolah-olah nak ajak bermain. Jadi saya pun bermainlah dengan dia dan tepuk-tepuk badannya hinggalah dia tertidur. Bila isteri saya sibuk buat kuih, sayalah yang akan jaga Cahaya, tukarkan lampin. Tak kekok pun, cerita Mawi . 

Dalam usia lima bulan, kata Mawi, anaknya itu sudah pandai hendak bercakap. 

Tapi bercakap dalam bahasa dia sendiri yang faham, katanya. Pada majlis itu, Mawi turut membawa Ekin dan anaknya bersama. 

Pada hari raya ini, Mawi juga akan muncul dengan sebuah telemovie raya arahannya berjudul Siapa Dapat Lisa. Selain Mawi, telefilem komedi itu turut menampilkan pelakon seperti Kumpulan Sepahtu, Abon, Didie Alias dan akan ditayangkan di saluran Astro Prima pada hari raya kedua.
___________________________________End

0 comments: