Friday, August 10, 2012

SUKI LOW (BEKAS JUARA ONE IN A MILLION) MENANG SAMAN LEBIH RM 367 RIBU KE ATAS GALAXY MUSIC


10/08/2012-10:57pm
Assalam..
Apa yang aku ingat beliau...is very cute girl!
_____________________________
Saman Galaxy Music, Suki Menang Lebih RM367 Ribu
Suki Low
KUALA LUMPUR: Bekas juara One In A Million (OIAM), Suki Low berjaya memenangi kes tuntutan terhadap syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. atas dakwaan melanggar perjanjian selepas Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan pada Khamis.
Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim mengarahkan Galaxy Music mengembalikan jumlah wang sebanyak RM367,575.17 dan membatalkan kontrak perjanjian sebagai pihak pengurusan penyanyi tersebut.
Syarikat tersebut turut diperintah untuk membayar RM30,000 kepada Suki sebagai kos guaman.
Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mula dikenali selepas kemenangannya dalam OIAM ketika usianya 16 tahun. Dia telah menandatangani kontrak untuk menjadi artis naungan Galaxy Music pada usia 19 tahun.
Mahkamah pada Khamis mendapati Galaxy mempunyai keupayaan untuk mempromosikan Suki sebagai artis antarabangsa selain mempunyai pilihan untuk menerbitkan serta mengedarkan album antarabangsanya.
Bagaimanapun mahkamah dalam kes berkenaan mendapati tindakan tersebut tidak dilakukan dan Galaxy yang hanya mampu menempatkan Suki dalam sebuah siri Taiwan.
“Memandangkan umurnya yang muda apabila perjanjian itu ditandatangani, ia adalah jelas bahawa Suki telah menjadi mangsa melalui terma berat sebelah perjanjian ini yang seolah-olah hanya melindungi kepentingan Galaxy dan bukan Suki,” hujah hakim.
Suki yang diwakili peguam Ong Yu Jian telah memfailkan saman terhadap Galaxy Music kerana melanggar perjanjian pada 7 Disember 2011.
Dalam pernyataan tuntutannya, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia akan mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong.
Suki juga mendakwa telah membayar RM367,575,17 iaitu sejumlah wang tunai selepas memenangi One In A Million kepada Galaxy sebagai balasan terhadap melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Beliau juga mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa sehingga mendorong Suki menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya.
Suki-the beginning:
Suki juga mendakwa pada masa itu, atas faktor usia dan kurang pengalaman dalam industri muzik, tiada perbincangan tawar menawar dilakukan sebelum menandatangani perjanjian itu untuk kejayaan dirinya.
Justeru beliau meminta campur tangan Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan satu perintah bagi membatalkan perjanjian pengurusan artis serta pembayaran balik wang berjumlah RM367,575,17 serta-merta.
Dalam pembelaannyan pihak defendan yang diwakili peguam Ricky Tan mendakwa Suki telah melanggar perjanjian pengurusan artis dan pihaknya tidak pernah membuat apa-apa representasi kepada Suki.
Galaxy memfailkan tuntutan balas terhadap Suki tetapi telah ditolak oleh mahkamah.
Sementara itu Suki ketika dihubungi berasa lega kerana akhirnya pengadilan berpihak kepadanya selepas hampir setahun kes itu berlarutan.
"Sebenarnya saya cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah dengan pihak Galaxy namun tidak berjaya. Ini membuatkan saya perlu mengambil tindakan undang-undang.
"Harap-harap, kes ini akan menjadi pengajaran kepada artis-artis baru dan muda lain yang ingin memulakan kerjaya mereka dalam bidang seni persembahan," katanya.
________________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: