Friday, October 19, 2012

BANGLO RUNTUH DI SEKSYEN 7,SHAH ALAM.

10/10/2012-10:28pm
Assalam...
Malang tak mengira status.....kelalaian di mana2..
apapun didoakan agar segalanya lancar dan kerja menyelamat dapat dibuat dengan segera..
dimudahkanNYA.
____________________________
Pengerusi SPR Antara Saksi Awal Kejadian Banglo Runtuh
Jumaat Oktober 19, 2012


Keadaan banglo yang dalam pengubahsuaian runtuh dan meragut satu nyawa di Seksyen 7, Shah Alam, petang Khamis. Tiga daripada tujuh yang terperangkap pada kejadian 4.30 petang tadi berjaya diselamatkan. Pasukan penyelamat masih berusaha menyelamatkan tiga lagi mangsa terperangkap. Foto THE STAR
SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof antara saksi awal kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, yang mengorbankan satu nyawa.
Beliau sedang membaca surat khabar di rumahnya, yang terletak berhadapan banglo itu, apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumah.
Ketika bergegas keluar, beliau melihat kepulan debu di kawasan banglo dua tingkat terbabit.
"Saya kemudian mendapati sebahagian struktur banglo yang sedang diubah suai itu roboh lalu saya hubungi pihak berkuasa.

themalaysianinsider.com
ANGGOTA Bomba mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini. 
ANGGOTA Bomba memeriksa keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo yang sedang diubah suai di Seksyen 7 di sini
"Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.
Sementara itu, seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata beliau terdengar bunyi dentuman dan jeritan mangsa ketika sedang melakukan pengubahsuaian di banglo bersebelahan.
"Saya terus keluar dan bergegas ke tempat kejadian. Saya terkejut bila melihat bumbung rumah itu runtuh.
"Saya lihat ada dua mangsa keluar dari runtuhan terbabit tetapi rakan-rakannya masih terperangkap," katanya.
Seorang pekerja warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Salam, 22, pula berkata ketika kejadian, beliau sedang mengunci sebuah banglo lain yang sedang diubah suai kira-kira 10 meter dari lokasi runtuhan.
Beliau terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak bahagian tambahan yang sedang dibina di banglo itu runtuh sepenuhnya.
Kejadian runtuhan itu menyebabkan seorang buruh terbunuh, seorang lagi putus kaki manakala tiga masih terperangkap.-BERNAMA
_____________________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

ketikketok said...

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS