21/12/2012-11:15pm
Assalam...
Dah kata dah...dia nie pasti wira satu hari nanti....
______________________
Tempat Kedua, Hadiah Hari Jadi Bermakna Buat Zulfahmi
Sunday, 21 October 2012
In sunny conditions during warm-up for the Malaysian Motorcycle Grand Prix in Sepang it was AirAsia-SIC-Ajo’s pole-man Zulfahmi Khairuddin who went quickest ahead of Miguel Oliveira and Danny Kent.
SEPANG: Selepas hampir tiga tahun menceburi dunia perlumbaan berprestij dunia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah permotoran tanah air apabila sasaran untuk mencatat kejayaan podium tercapai dengan kedudukan kedua pada perlumbaan pusingan 16 MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.
Kejayaan pelumba yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-21 pada pada Sabtu (semalam) merupakan hadiah kemenangan paling bermakna buat Zulfahmi malah bagi seluruh peminat-peminatnya di Malaysia.
Zulfahmi menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Jerman, Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo (146.5 40'54.123), di depan Jonas Folger (Jer) dari pasukan Mapfre Aspar Team Moto3.
Bermula di petak pertama, pelumba kelahiran Banting Selangor ini mula melakukan pecutan di selekoh pertama, namun berjaya di pintas oleh Folger untuk mendahului kedudukan pertama.
Namun Zulfahmi tidak berputus asa untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok terbaik dengan memecut jentera KTM ke tahap maksimum.
______________________________________________
MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX
Sepang, Sunday, October 21, 2012
Pos. | Points | Num. | Rider | Nation | Team | Bike | Km/h | Time/Gap |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 25 | 11 | Sandro CORTESE | GER | Red Bull KTM Ajo | KTM | 146.5 | 40'54.123 |
2 | 20 | 63 | Zulfahmi KHAIRUDDIN | MAL | AirAsia-Sic-Ajo | KTM | 146.5 | +0.028 |
3 | 16 | 94 | Jonas FOLGER | GER | Mapfre Aspar Team Moto3 | Kalex KTM | 146.5 | +0.247 |
4 | 13 | 39 | Luis SALOM | SPA | RW Racing GP | Kalex KTM | 146.0 | +8.503 |
5 | 11 | 44 | Miguel OLIVEIRA | POR | Estrella Galicia 0,0 | Suter Honda | 146.0 | +8.674 |
6 | 10 | 52 | Danny KENT | GBR | Red Bull KTM Ajo | KTM | 145.9 | +9.335 |
7 | 9 | 42 | Alex RINS | SPA | Estrella Galicia 0,0 | Suter Honda | 145.4 | +18.973 |
________________________________________________
"Sudah pasti saya terlalu gembira dengan kejayaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ia merupakan satu pencapaian yang paling bermakna bagi saya. Saya berterima kasih dengan sokongan pengunjung yang datang ke litar hari ini.
"Tidak lupa juga kepada jentera KTM yang bersama mengharungi saat sempurna minggu ini," jelasnya selepas perlumbaan.
http://www.motogp.com/en/photos/season/2012/MAL#Sandro-Cortese-Zulfahmi-Khairuddin-Red-Bull-KTM-Ajo-AirAsia-SIC-AJO-Sepang-RAC-543125
Zulfahmi kejayaan ini juga turut memberi semangat baru untuk mengharungi dua lagi baki perlumbaan di Australia (28 Oktober) dan Valencia (11 Nov) ini.
Dengan itu, Zulfahmi berjaya mengutip 20 mata pada perlumbaan ini sekaligus mengumpul 112 mata keseluruhan dengan berada di kedudukan ketujuh, di belakang pelumba Red Bull KTM Ajo (118), manakala Cortese menguasai di tangga pertama, dengan 280 mata, Luis Salom dari pasukan RW Racing GP (207) dan ketiga pelumba pasukan Blusens Avintia (199 mata).
_______________________________________End
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment