13/11/2012-03:26am
Assalam...
Sentiasa percaya satu hari anda akan jadi juara.....
________________
Zulfahmi akhiri musim dengan podium kedua di Valencia
2012/11/12
http://mynewshub.my/2012/11/12/zulfahmi-dengan-podium-kedua-di-valencia/
KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol, malam tadi.
Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.
Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.
Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat.
Manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.
Manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.
Cheste, Sunday, November 11, 2012
Pos. | Points | Num. | Rider | Nation | Team | Bike | Km/h | Time/Gap |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 25 | 52 | Danny KENT | GBR | Red Bull KTM Ajo | KTM | 127.9 | 45'05.891 |
2 | 20 | 11 | Sandro CORTESE | GER | Red Bull KTM Ajo | KTM | 127.9 | +0.056 |
3 | 16 | 63 | Zulfahmi KHAIRUDDIN | MAL | AirAsia-Sic-Ajo | KTM | 127.9 | +0.114 |
Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan terbabit sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan kelmarin.
"Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga adalah keputusan hebat...saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC) di sini.
"Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas.
"Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ZulfahmiakhirimusimdenganpodiumkeduadiValencia/Article/index_html
__________________________________End
1 comments:
mantapla...bru best camni~
Post a Comment