Friday, December 28, 2012

LEUNIEY SAH ISTERI APEK (KHAIRUL FAHMI) DENGAN SEKALI LAFAZ (28/12/2012)

28/12/2012=11:43pm
Assalam..
Tahniah Apek....gollll!

___________________________________________
Khairul Fahmi & Leuniey Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Jumaat Disember 28, 2012


http://omakkau.blogspot.com/2012/12/majlis-pernikahan-penjaga-gol-bolasepak.html


Apek dan leuniey kini sah menjadi suami isteri. Foto SAZUKI EMBONG
TUMPAT: Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.
Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.
"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.
"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.
Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

gambar nikah apek dan leuniey 5 foto pernikahan khairul fahmi dan leuniey
http://www.enciknakal.com/2012/12/foto-pernikahan-khairul-fahmi-dan-leuniey.html
gambar nikah apek dan leuniey 4 foto pernikahan khairul fahmi dan leuniey
http://www.enciknakal.com/2012/12/foto-pernikahan-khairul-fahmi-dan-leuniey.html

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Leuniey Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Natasha (5 Gambar EKSLUSIF)

Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Natasha (5 Gambar EKSLUSIF)

Gambar Majlis Pernikahan Apek Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Natasha (5 Gambar EKSLUSIF)


Gambar Majlis Pernikahan Apek Leuniey Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apek) & Leuniey Natasha (5 Gambar EKSLUSIF)
all 4 above pic source:http://beritasemasa.com/majlis-pernikahan-khairul-fahmi-leuniey

gambar nikah apek dan leuniey 2 foto pernikahan khairul fahmi dan leuniey
gambar nikah apek dan leuniey foto pernikahan khairul fahmi dan leuniey
2 pic above source:http://www.enciknakal.com/2012/12/foto-pernikahan-khairul-fahmi-dan-leuniey.html

Pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu lagi.
"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.
Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.
Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.
Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.
Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.
Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.
Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/12/28/mstar_hiburan/20121228114744&sec=mstar_hiburan
_______________________________________________EnD

 

1 comments:

Suhaimi@Pakmi said...

amat bertuah apek ni ... dpt isteri jelita... smoga berkekalan jodoh mereka amin...