Wednesday, July 24, 2013

EMPAT PESERTA ISLAM TEKAD TANDING RATU CANTIK MEWAKILI KAUM MELAYU...KATANYA

24/07/2013-05:40am

Assalam....
Sampai begini sekali....apapun yang pasti ia datang dari wanita Melayu yang mahu mewakili kaum Melayu dan bukan umat Islam. Anda orang Melayu adakah menyokong atau mempersetujui hasrat mereka? Moga Allah melindungi dan memberi hidayah pada mereka dan keluarga mereka.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” Wafa Johanna De Korte, 19

____________________

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik

Peserta Islam nekad tanding ratu cantikWafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.
4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.
Miera Syeikh

KATRINA REDZUAN
more pic here:http://www.vnbeauties.com/t50351-topic
Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.
 The four dropped are Kathrina Ridzuan, 23, Miera Sheikh19, Wafa Johanna De Korte, 19, and Sara Amelia Muhamad Bernard, 20.


Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.
______________________________EnD

3 comments:

pena rozie said...

Masuk la pertandingan tilawah al quran lg bagus.....

ASSOYFINGER67 said...

pena rozie ;sokong

ya said...

Cetek segalanya....