Saturday, July 27, 2013

'KECOH PENGACARA BERAYA' - GABUNGAN LAPAN PERSONALITI 2013

27/07/2013-12:57am
Assalam....semua dan selamat berpuasa...(baru balik pasar borong),
apapun jangan lupa sahur....esok cuti lagi...yesss!!

___________________________
Lapan Personaliti Bergabung Dalam 'Kecoh Pengacara Beraya'
Sabtu Julai 27, 2013


Lapan pengacara popular daripada TV3 menyertai program Kecoh Pengacara Beraya.
PETALING JAYA: Seramai lapan orang pengacara TV3 akan berentap dalam program Kecoh Pengacara Beraya yang akan bersiaran pada Hari Raya Kedua nanti pada pukul 6 petang.
Penerbitnya, Nurul Huda Khalid, berkata, program tersebut menampilkan kelainan apabila ia hanya menggunakan suara latar.
"Jika Aidilfitri yang lalu TV3 menampilkan program Dialah Juara, kali ini kami mempersembahkan Kecoh Pengacara Beraya penuh dengan gelagat dan aksi spontan yang mencuit hati.
Peserta wanita terdiri daripada Scha Al-Yahya, Neelofa, Fara Fauzana dan Amyza Adnan.
"Biasanya kita melihat pengacara-pengacara ini menjadi perantara sesebuah program namun kali ini penonton dapat menyaksikan mereka sendiri menjadi peserta," katanya.
Lapan pengacara yang terlibat adalah Fara Fauzana (Nona), Neelofa (Nona), Scha Al-Yahya (Muzik Muzik 28), Amyza Aznan (Woot! Woot!), Zizan Razak (Melodi), Awal Ashaari (Melodi), Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal) dan Kamal Adli (Hip TV).
Malah kata Nurul, kesemua mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan (Wajik) diwakili oleh pengacara lelaki dan satu lagi kumpulan (Burn D’ Bamboo) oleh pengacara perempuan akan beraksi di set gelanggang tinju.
Gelagat lucu daripada pengacara lelaki dalam sebuah segmen.
Dalam perkembangan sama, Nurul berkata, memandangkan kesemua pengacara lebih banyak terlibat dengan program berbentuk hiburan dan majalah, mereka akan di beri tiga cabaran berbeza iaitu Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.
Pasukan yang memenangi pertandingan itu akan menyumbangkan wang kemenangan mereka kepada dua rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah yang terletak di Klang, Selangor.
_________________________________EnD

0 comments: