Friday, July 26, 2013

SITI NURHALIZA 2013 - KOS PENERBITAN ALBUM TERBARUNYA MENCECAH RM200,000

26/07.2013-10:44am
Assalam.....
Siti Oh Siti....Muka comel gitu...bibir seksi....gara2 kolagen ker...alamak puasa!huhu

______________________
Kos Album Terbaharu Siti Nurhaliza Cecah RM200,000
Jumaat Julai 26, 2013


Siti optimis album terbaharunya itu nanti dapat diterima ramai sekaligus membangkitkan kembali industri muzik tempatan.
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak mengetahui syarikat rakaman Universal Music Malaysia telah melaburkan wang sebanyak RM200,000 untuk penerbitan album terbaharunya.
Siti, 34, berkata, beliau menyerahkan soal berkenaan kepada pihak pengurusannya dan syarikat rakaman itu selain melantik penerbit muzik terkenal, Aubrey Suwito sebagai penerbit eksekutif album tersebut.
"Jujurnya saya tidak tahu mengenai kos perbelanjaan untuk album ini kerana menyerahkan semua urusan itu kepada pihak pengurusan dan Universal untuk uruskannya.
"Bagaimanapun pelaburan dan kepercayaan yang diberikan oleh syarikat rakaman akan digunakan sebaik-baiknya supaya saya dapat menghasilkan sebuah album terbaik buat peminat," jelasnya kepada mStar Online.
Album kerjasama di antara Universal Music dan Siti Nurhaliza Production (SNP) itu bakal dilancarkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini dan akan memuatkan 10 buah lagu dan masih mengekalkan konsep pop Melayu.
Dalam pada itu, Siti berkata, kerjasamanya dengan Universal Music Malaysia adalah atas dasar kepercayaan terhadap industri muzik tempatan yang mampu untuk berkembang dengan pengeluaran album penuh dan bukan bergantung kepada ‘single’ sahaja.
Aubrey akan bertindak sebagai penerbit album berkenaan.
Jelas Siti, beliau percaya industri muzik masih mampu bernafas dan optimis untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi untuk para peminat.
"Industri muzik di Indonesia seperti contoh sudah bergerak maju dan sampai bila kita ingin berundur ke belakang? Sebagai artis kita perlu yakin dan meletakkan kepercayaan bahawa industri kita boleh dimajukan.
"Saya optimis dengan projek ini dengan sokongan dan kerjasama dari syarikat Universal Music. Saya yakin ia akan menjadi antara album terbaik yang pernah saya hasilkan," jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Besar Rumpun Records, Mujahid Abdul Wahab memberitahu kos untuk menerbitkan album berkenaan adalah sesuai untuk penyanyi seperti Siti dan menganggap penyanyi itu sebagai aset bernilai negara.
Jelas Mujahid, apa yang penting kini adalah pihaknya dan Siti dapat menghasilkan sebuah album bertaraf antarabangsa dan soal keuntungan bukan keutamaan buat masa ini.
"Apabila bercakap mengenai Siti Nurhaliza ia bukan lagi soal keuntungan semata-mata tetapi untuk mengangkat dan mengiktiraf aset negara," katanya.
Tambah Mujahid, album tersebut akan dirakamkan menggunakan teknologi studio ke studio menggunakan sidang video dengan pemain String City of Prague, Republik Czech.
Jelas Mujahid proses itu akan berlangsung di Singapura selain proses ‘mastering’ manakala album berkenaan akan dibuat di Sterling Studios, Amerika Syarikat yang banyak menghasilkan proses berkenaan untuk artis ternama seperti Mariah Carey dan Beyonce.
"Aubrey akan berada di Singapura untuk menjalani proses rakaman bersama 24 pemain String dari Prague secara langsung menerusi sidang video sebelum memasukkan vokal Siti.
"Ia akan jadi sebuah projek yang hebat dan sudah tentu pihak kami tidak sabar untuk mengeluarkan album ini untuk peminat-peminat Siti," jelasnya.
_____________________________EnD
Pernikahan Hattan...gambar paling manis aku rasa
(gembiranya anak dia..tak terkata)


see more pic here:http://arwendanish.blogspot.com/2013/07/gambar-pernikahan-dato-hattan-dan-datin.html

1 comments:

Suki Man said...

bertambah kaya lg siti..heheheh