Wednesday, March 26, 2014

ISTERI PRAMUGARA MH370....REDHA

26/03/2014 -11:37pm

Assalam...
Semuanya berkaitan dengan Allah.....tak ada bantahan.

____________________

Isteri Pramugara MH370 Redha Pemergian Suami

Rabu, 26 Mac 2014


Hazrin Hasnan (kiri) bersama isterinya Intan Maizura.
Luahan isi hati balu Hazrin Hasnan, salah seorang anak kapal MH370 yang dipaparkan di laman akaun sosial Instagram miliknya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/balu-pramugara-mh370-redha-dengan-pemergian-suami

KUALA LUMPUR: Isteri kepada seorang pramugara Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Intan Maizura Othaman redha dengan pemergian suaminya selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Isteri kepada pramugara Hazrin Hasnan, berkongsi kedukaan menerusi akaun Instagram miliknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat itu malam Isnin.


Beliau berkata:"positif dan berharap awak masih hidup dan akan kembali ke rumah ... hari berlalu pergi dan masih tiada berita daripada sesiapa sehingga malam tadi 24 Mac 2014, pukul 21:30 saya menerima berita yang tidak diingini mengatakan kamu dan mereka yang lain bersemadi di lautan yang dalam, Lautan Hindi ... wow ia sungguh mengejutkan."

Dalam mesej pada 10.30 malam tadi Intan Maizura berkata: "Allah Maha Agong kerana meminjamkan kamu sebagai satu anugerah kepada saya buat masa yang singkat tetapi semuanya adalah kenangan-kenangan baik dan manis. Semoga Allah tempatkan kamu di tempat orang-orang yang beriman ... Saya cintakan kamu B."

Intan Maizura menerima berita itu dengan hati terbuka dan menyifatkan Allah lebih menyayangi suaminya.

"Sungguh mengejutkan kepada saya tetapi Allah mencintaimu lagi ... saya redha pemergian kamu B, " katanya. 

Intan Maizura berkata akan sedaya-upaya menjadi seorang wanita yang tabah dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal dan menjaga kedua-dua anaknya.

"Saya akan memberitahu Iman secara berperingkat bahawa dia telah kehilangan ayahnya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan... insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan kamu," katanya.

Penerbangan MH370 ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/26/isteri-pramugara-reda/
_________________________________EnD

0 comments: