Friday, March 28, 2014

SATELIT THAILAND KESAN 300 OBJEK BERTABURAN DI LAUTAN HINDI

28/03/2014-04:03am

Assalam...
Semakin hampir..mungkin

______________________

Satelit Thailand Kesan Objek Bertaburan Di Lautan Hindi

 27 Mac 2014 10:57 PM

Taburan objek yang dikesan satelit Thailand pada Isnin.

BANGKOK: Satelit Thailand mengesan imej sebanyak 300 objek terapung di Lautan Hindi Selatan di lokasi pencarian pesawat MH370 dilakukan, kata seorang pegawainya.
Objek dikesan dalam jarak 15 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km dari barat daya Perth.
Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatic Anond Snidvongs berkata, pihaknya bagaimanapun enggan mengesahkan serpihan itu dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Beliau berkata, maklumat itu telah disalurkan kepada Malaysia.
"Imej-imej tersebut telah dirakam oleh satelit Thailand pada Isnin tetapi memerlukan masa untuk diproses.
"Objek itu dikesan di kawasan sama satelit Perancis mengesan objek yang terapung dan merupakan kawasan pencarian pesawat MH370," kata Anond.
Thailand sebelum ini dikritik apabila mengambil masa selama seminggu untuk mengumumkan bahawa radar tenteranya telah mengesan objek tidak dikenali di kawasan udaranya.
Tentera Udara Thailand kemudian didakwa tidak melaporkan hal tersebut kerana melihat ia bukan ancaman.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/03/27/satelit-thai-temui-objek/
___________________________________EnD

0 comments: