Monday, September 8, 2014

ABDUL KHALID IBRAHIM MAMPU MEMULIHKAN MALAYSIA AIRLINES (MAS) - PENGANALISIS

08/09/2014-06:49pm

Assalam....jangan nanti Selangor yang terasa kehilangannya.



________________________________________________

Khalid Ibrahim calon terbaik 

terajui MAS - Penganalisis

Khalid Ibrahim calon terbaik terajui MAS - Penganalisis
Perlantikan Khalid mampu beri pulangan berbaloi terhadap MAS - Tawfik. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu.

Demikian pandangan penganalisis politik dari Univerisiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub dalam sebuah artikel yang diterbitkan diThe Malaysian Insider.

Katanya perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.

"Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

"Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor," katanya dalam artikel tersebut.

Mohammad Tawfik turut berpandangan bahawa perlantikan Abdul Khalid sebagai peneraju MAS itu nanti akan sedikit sebanyak mengubat hati rakyat Selangor dan Malaysia, selain membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mendahulukan kepentingan rakyat.

MAS, di bawahpelan 12 perkaraoleh Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan sebuah syarikat baharu pada Julai 2015 untuk menempatkan MAS baharu,

Ia melibatkan penghijrahan tenaga kerja yang bersesuaian dan amalan kerja dan kontrak yang betul ke dalam syarikat baharu.

Khazanah juga kinisedang meninjau calon-calonberpotensi dari industri penerbangan global dan juga tempatan untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS menggantikan Ahmad Jauhari Yahya.

Ahmad Jauhari, yang kontrak tiga tahunnya dijadual tamat bulan depan, akan terus menerajui entiti sedia ada MAS sehingga 1 Julai 2015 bagi melicinkan peralihan daripada entiti lama kepada entiti baharu MAS yang disusun semula.




____________________________________EnD

1 comments:

tenku butang said...

Haiii.. cakkk.. teman singgah n follow sini no. 668
Kalau sudi, jom singgah n follow blog teman yea.. heee..
Leh kita saling kunjung mengunjungi pasni.. heee.. Salam kenal..
http://tengkubutang.blogspot.com/

Klu minat kucen.. follow sekali blog kedua teman ni yea..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/