Monday, April 6, 2015

JOHAN (RAJA LAWAK), TAK SALAH BAGI SAYA KERANA OZLYNN ISTERI SAYA YANG SAH.

06/04/2015-10:04pm

Assalam....
Apapun tindakan di khalayak ramai memang tak sesuai, namun biasalah dunia artis ni, bahan rujukan Barat adalah amat digemari untuk diikuti fesyen, gaya hidup dan sebagaimya. Nak cari salah memang senang contoh isteri mendedah aurat, rebonding rambut...banyak lagi,maklumlah ada karpet merah, yang melihat pasti berdarah hidung, apapun yang buruk jangan diikut,hiduplah dalam Islam. What can i say...huhu
_______________

Johan Pertahan Tindakan Cium Bibir Isteri

 Isnin, 6 April 2015 5:35 PM

Johan mempertahankan tindakannya mencium isterinya dibahagian bibir selepas diumumkan pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014 pada malam Ahad lalu

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) berkata, insiden dia mencium bibir isterinya, Ozlynn Wati ketika namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu bukan satu kesalahan.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, menjelaskan kucupan mesra itu sebagai tanda dia menghargai wanita berkenaan yang sentiasa berada di sisinya selain ingin berkongsi kegembiraan.

"Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalah kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah.

"Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama," katanya.

Tindakan Johan itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai berpendapat ia tidak sopan dilakukan di khalayak ramai tambahan pula ia turut ditonton oleh jutaan penonton pelbagai peringkat usia menerusi siaran langsung yang disiarkan di TV3.
Johan menerima trofi Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014
Pada Acara yang berlangsung di Arena of Star, Genting Highlands, Pahang itu, pelakon Shaheizy Sam merangkul trofi utama iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 2014.

Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat namun dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.
Gambar Johan Cium Ozlyn ABPBH 2015
Gambar:http://www.mysumber.com/kontroversi-abpbh-5-april-2015-johan-cium-mulut-isteri.html
Jelas Johan, dia tidak dapat menutup mulut pihak lain daripada bercakap mengenai perkara itu kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah.

"Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami-isteri yang sah. Saya tidak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam itu, Johan berkata, ia adalah rezeki untuk isteri dan anak-anaknya selain ia sebagai pemangkin semangat untuk terus meningkatkan prestasinya dalam bidang penyiaran radio pada masa hadapan.
Read more:http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/06/johan-cium-ozlynn/
_________________________________________EnD

0 comments: