Showing posts with label GOSSIP ARTIS. Show all posts
Showing posts with label GOSSIP ARTIS. Show all posts

Friday, September 4, 2015

UQASHA SENROSE JAWAB FITNAH TAK BERHIJAB

04/09/2015 - 07:11am

Assalam....
Alhamdulillah, berjumpa dengan Jumaat yang seterusnya....
_________________

Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

 Jumaat, 4 September 2015

Uqasha Senrose 

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose terkejut apabila dituduh ke  sebuah kelab malam tanpa bertudung sebaliknya sekadar memakai topi.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal memandangkan dia tidak pernah memasuki kelab malam sebelum ini.

"Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.

"Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini," katanya kepada mStar Online.
Uqasha ditemui pada majlis pelancaran koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection.

Beberapa minggu lalu, nama Uqasha menjadi perbualan beberapa blog dan forum di internet kononnya dia telah ke sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya.

Aktres itu dikhabarkan ke tempat itu tanpa bertudung sebaliknya memakai topi bagi mengelak orang ramai mengenalinya.

Sementara itu, mengenai Uqasha Senrose Collection, dia tidak menyangka mampu menghasilkan beberapa koleksi tudung rekaan sendiri selain menyifatkan perniagaan itu sebagai bidang baru yang diterokai selain kerja-kerja seni.

"Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah.


"Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri.

"Alhamdulillah, proses pembikinannya berjalan lancar dan buat masa ini, sebanyak lapan jenis rekaan tudung dihasilkan," ujarnya.

Uqasha Senrose (tiga dari kiri) bersama model muslimah yang menggayakan tudung terbaru jenamanya.

Dalam pada itu, kata Uqasha, material koleksi tudungnya juga daripada fabrik berkualiti tinggi selain menitik beratkan jahitan yang kemas.

Tudung-tudung tersebut dijual dengan harga bermula RM49 sehingga RM99.

Ia juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.uqashasenrose.com.my

Mengenai kerjaya seni pula, Uqasha kini sibuk dalam program realiti Super Spontan All Stars musim ke-4.

Dia juga bakal muncul menerusi drama terbaharu iaitu Dan Hati Pun Berkata (RTM), Ally Akasha (untuk siaran TV9) dan Doa Yang Hilang (TV3).

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/09/04/uqasha-disko/
_____________________________________________EnD

Monday, April 6, 2015

JOHAN (RAJA LAWAK), TAK SALAH BAGI SAYA KERANA OZLYNN ISTERI SAYA YANG SAH.

06/04/2015-10:04pm

Assalam....
Apapun tindakan di khalayak ramai memang tak sesuai, namun biasalah dunia artis ni, bahan rujukan Barat adalah amat digemari untuk diikuti fesyen, gaya hidup dan sebagaimya. Nak cari salah memang senang contoh isteri mendedah aurat, rebonding rambut...banyak lagi,maklumlah ada karpet merah, yang melihat pasti berdarah hidung, apapun yang buruk jangan diikut,hiduplah dalam Islam. What can i say...huhu
_______________

Johan Pertahan Tindakan Cium Bibir Isteri

 Isnin, 6 April 2015 5:35 PM

Johan mempertahankan tindakannya mencium isterinya dibahagian bibir selepas diumumkan pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014 pada malam Ahad lalu

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) berkata, insiden dia mencium bibir isterinya, Ozlynn Wati ketika namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada malam Ahad lalu bukan satu kesalahan.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, menjelaskan kucupan mesra itu sebagai tanda dia menghargai wanita berkenaan yang sentiasa berada di sisinya selain ingin berkongsi kegembiraan.

"Saya tidak melihat tindakan saya mencium isteri saya sebagai satu kesalah kerana Ozlynn adalah isteri saya yang sah.

"Dalam apa juga perkara yang saya lakukan atau penghargaan diberikan kepada saya, isteri adalah orang pertama yang saya ingin sambut bersama," katanya.

Tindakan Johan itu mendapat pelbagai reaksi dan ramai berpendapat ia tidak sopan dilakukan di khalayak ramai tambahan pula ia turut ditonton oleh jutaan penonton pelbagai peringkat usia menerusi siaran langsung yang disiarkan di TV3.
Johan menerima trofi Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014
Pada Acara yang berlangsung di Arena of Star, Genting Highlands, Pahang itu, pelakon Shaheizy Sam merangkul trofi utama iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 2014.

Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat namun dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.
Gambar Johan Cium Ozlyn ABPBH 2015
Gambar:http://www.mysumber.com/kontroversi-abpbh-5-april-2015-johan-cium-mulut-isteri.html
Jelas Johan, dia tidak dapat menutup mulut pihak lain daripada bercakap mengenai perkara itu kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Kalau hendak jaga hati orang payahlah. Pada saya apa orang hendak kata biarkanlah.

"Kami bukannya pasangan bukan muhrim sebaliknya suami-isteri yang sah. Saya tidak perlu peduli dengan apa yang orang hendak kata," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam itu, Johan berkata, ia adalah rezeki untuk isteri dan anak-anaknya selain ia sebagai pemangkin semangat untuk terus meningkatkan prestasinya dalam bidang penyiaran radio pada masa hadapan.
Read more:http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/04/06/johan-cium-ozlynn/
_________________________________________EnD

Thursday, August 28, 2014

DATUK RAMLI MS DAN ALYAH SAH SUDAH NIKAH (BELUM DIDAFTARKAN DI MALAYSIA)

28/08/2014 - 08:40am

Assalam.....
Lama tak bogging sampai lupa macamana nak buat post haha...
Apapun didoakan agar anda semua dirahmati Allah dan sihat...!

_____________________

Datuk Ramli MS, Alyah sah sudah nikah!

KHAMIS, 28 OGOS 2014


Ramli/Alyah

PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.
RAMLI MS kelihatan mengiringi pegawai JAIS sewaktu selesai siasatan
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.
KERETA Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman mewah Ramli MS.
Sumber:http://www.bharian.com.my/node/3058

____________________________________EnD

Monday, March 3, 2014

MIZZ NINA BERHENTI MENYANYI (MAHU MENJADI MUSLIMAH YANG LEBIH BAIK)



02/03/2014-03:09am
Assalam...
Alhamdulillah...
____________________________
Mizz Nina Nekad Berhenti Menyanyi
snin Mac 3, 2014

Mizz Nina
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.
"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.
"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.
Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu.
Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh.
Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.
"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.
"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," ujarnya.
Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan iaitu Madeena.
"Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor.
"Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," tuturnya.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/3/3/mstar_hiburan/20140302220150&sec=mstar_hiburan
____________________________EnD

Monday, January 13, 2014

SYAMSUL YUSOF(30) DAN PUTERI SARAH LIYANA (28) BAKAL NIKAH FEBRUARI 2014

13/01/2013-09:24am
Assalam....
Tahniah!
____________________
Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari
 Isnin Januari 13, 2014


Syamsul mahu pernikahannya dengan Puteri Sarah dipercepatkan tanpa bertunang terlebih dahulu.
PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster,Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.
Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.
"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.
Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.

Puteri Sarah dirisik oleh keluarga Syamsul dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara pada Ahad lalu.
Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.
"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.
"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.
Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.
Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Patimah dan Yusof gembira anak mereka akhirnya bakal berkahwin.
Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.
"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.
"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Syamsul berhubung laporan berkenaan bagaimanapun gagal kerana dia tidak dapat dihubungi.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/13/mstar_hiburan/20140113173909&sec=mstar_hiburan
________________________________EnD

NAJWA LATIF ARTIS MUDA BERGELAR JUTAWAN?

13/01/2014-04:14am
Assalam...
Moga murah rezeki lagi....tahun nie!

_____________________
Najwa Latif Tolak Laporan Pendapatannya RM1 Juta Setahun
Isnin Januari 13, 2014


Najwa menafikan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepadamStar Online.
Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara di sini, Ahad.
Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.
Najwa memberitahu dia baharu sahaja membeli sebuah kereta dan kondominium hasil daripada titik peluhnya sejak bergelar artis.
Bagaimanapun Najwa tidak menafikan ada membeli sebuah kereta dan kondominium di Shah Alam sebagai aset untuk masa depannya.
"Impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.
Kata Najwa, apa yang lebih penting dia perlu sentiasa berpijak dibumi nyata dan meningkatkan motivasi diri supaya dapat menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminatnya.
"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai AJL 28, Najwa berkata, persiapannya lebih tertumpu kepada persembahan pada malam itu nanti dan tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak.
Kata Najwa, dia hanya mahu berseronok membuat persembahan untuk penonton dan teruja berpeluang bertanding di AJL 28 buat kali kedua.
"Soal menang atau kalah bukan perhatian saya tetapi lebih kepada persediaan untuk membuat persembahan kerana ingin berseronok pada malam itu nanti," ujarnya.
Najwa turut memberitahu dia bakal melancarkan dengan single terbaharunya berjudulHilang awal Februari yang ditulis bersama kakaknya, Syafiqah Latif.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2014/1/13/mstar_hiburan/20140112165442&sec=mstar_hiburan
_______________________________EnD

Wednesday, December 25, 2013

JOHAN AS'ARI DAN LANA NORDIN PUTUS CINTA ...

25/12/2013-08:26am

Assalam...
Tindakan bijak....mengutamakan orang tua, pasti balasannya baik nanti.
_____________________

Johan, Lana putus cinta

2013/12/25

Johan, Lana putus cinta

Kuala Lumpur: Hubungan cinta pelakon, Johan As’ari, 27, dan Lana Nordin, 34, putus selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga.

Johan berkata, hubungannya dengan Lana putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu. 

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.

______________________________EnD

Friday, December 13, 2013

PERSANDINGAN 'TAMAN INGGERIS' ROZITA DAN ZAIN DI SETIA CITY CONVENTION CENTRE YANG MERIAH.

13/12/2013-11:48pm
Assalam.....
Hmmmm....best nyer yer...moga Allah memberi keredhaannya.Amin.

__________________________
Persandingan 'Taman Inggeris' Rozita & Zain Penuh Meriah
Sabtu Disember 14, 2013

Indahnya persandingan Rozita dan Zain Saidin
SHAH ALAM: Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam.
Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadh.
Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah.
Rozita yang anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.
Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi.
Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.
Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Khamis lalu.
Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.
_________________________________EnD

Thursday, December 12, 2013

ZAIN SAIDIN (29) DAN ROZITA CHE WAN (40) SAH BERGELAR SUAMI ISTERI PADA TARIKH 11.12.13...

12/12/2013-12:47am
Assalam....
Tahniah buat pasangan, moga jodoh  kekal hingga ke akhirnya.

______________________
Zain Saidin & Rozita Che Wan Bergelar Suami-Isteri
Khamis Disember 12, 2013



Zain Saidin bergelar suami dengan sekali lafaz.
SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, pelakon Zain Saidin, 29, kini sah menjadi suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini.
Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.10 malam Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, iaitu Roshidi Che Wan.
Pelakon itu menerima sembilan peti hantaran termasuklah wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000.
Peti hantaran yang dibawa turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
Pada majlis tersebut, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin yang memakai baju Melayu warna krim masuk ke dewan lebih awal dan diikuti oleh Rozita kira-kira pukul 8.30 malam.
Rozita menggayakan kebaya moden berwarna sama rekaan Man Kajang.
Wanita itu kemudian disarungkan cincin pertunangan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah sebelum majlis akad nikah bermula.
Suasana majlis pernikahan Zain Saidin dan Rozita di Shah Alam, Selangor.
Pada majlis itu Rozita turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels.
Sementara itu Zain berkata, dia gembira akhirnya dia menjadi suami kepada Rozita dan berharap agar perkahwinan mereka akan mekar sehingga ke akhir hayat.
"Selama ini kami susah senang bersama. Walaupun masing-masing sibuk dengan karier, Alhamdulillah, kami akhirnya disatukan juga.
"Harap-harap tiada lagi gosip berkaitan dengan kami selepas ini," selorohnya.
Seramai 200 tetamu termasuklah keluarga dan rakan media menghadiri majlis akad nikah bertemakan ala taman itu.
Zain menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Rozita. - Gambar ihsan: IKRAM ISMAIL
Antara selebriti yang hadir ialah Tasha Shilla, Nur Fathia, Ayu Raudhah, Mazlan (Pet Pet), kakak Zain iaitu Sasha Saidin, Micheal Ang dan Azza (Elite).
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Jumaat ini di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan kedua-dua pengantin itu.
Rozita yang merupakan seorang janda mempunyai dua orang anak iaitu Aniq Ezzra, 15, dan Ammar Effendy, 17, hasil perkahwinan terdahulu dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berpisah pada 2003.

Wednesday, December 11, 2013

MAJLIS BERINAI ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN 11.12.13 (GAMBAR DAN VIDEO)

11.12.2013-07:06am
Assalam.....
Semoga segalanya berjalan dengan lancar ...tahniah!
Hari nie Selangor cuti.....Birthday Sultan.



___________________________
Rozita Gayakan Barang Kemas RM11 Juta Pada Malam Berinai
Rabu Disember 11, 2013


Che Ta dan Zain menggayakan busana berona ungu pada majlis berinai mereka.
SHAH ALAM: Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, malam Selasa.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna.
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa.
___________________________________Video
___________________________________
Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.
Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet.
Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat.
"Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati," katanya.
Pasangan itu akan dinikahkan pada malam Rabu di Pusat Konvensyen Setia City di sini selepas solat Maghrib.
_____________________________________EnD

Monday, December 9, 2013

SAMMY SIMORANGKIR- HUBUNGAN DENGAN NADIA ANNUAR (TV3) TELAH BERAKHIR

09/12/2013-12:53am
Assalam....
Tindakan wajar....
__________________________
Sammy Simorangkir Berpisah Dengan Personaliti TV3 Kerana Perbezaan Agama
Isnin Disember 9, 2013
Sammy mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya selepas ini.
BEKAS vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang personaliti TV3 iaitu Nadia Annuar mendedahkan hubungan tersebut telah pun berakhir.
 Nadia Annuar
Menurut laporan Kapan Lagi, keputusan itu diambil kerana tidak lagi mempunyai persefahaman selain perbezaan agama di antara mereka.
"Kami kini hanya kawan biasa sahaja dan tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama," katanya kepada media Indonesia ketika ditemui Jumaat lalu.
Sammy menjelaskan buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kariernya dan tidak mahu meletak sebarang harapan terhadap hubungan cinta.
Perbezaan agama telah menimbulkan konflik dalam perhubungan mereka.
"Saya bakal muncul dengan album terbaharu dan itu menjadi fokus saya dan bukannya soal cinta," katanya.
Ditanya mengenai calon isteri yang sesuai, Sammy berkata, dia ingin mencari wanita yang seagama dengannya kerana lebih mudah.
"Saya belajar daripada pengalaman lalu dan sebolehnya biarlah calon isteri saya nanti yang seagama dengan saya," katanya
__________________________________EnD

Sunday, December 8, 2013

FAIZAL ISMAIL GANTI FIZO OMAR.....

8/12/2013-01:09am
Assalam...
Sementara atau tetap....FBI!
___________________________
Faizal Ismail Pengacara 'Nasi Lemak Kopi O'
Ahad Disember 8, 2013

Faizal Ismail
PETALING JAYA: Program bual bicara Nasi lemak Kopi O (NLKO) kini menampilkan pengacara popular Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bagi mengendalikan program tersebut.
Menurut kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online, Faizal akan mengendalikan program tersebut bersama-sama dengan AG dan Luqman bagi menggantikan Fizo Omar yang kini sedang bercuti.
"Kemunculan pertama Faizal pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo telah mendapat respons yang sangat baik dan menggalakkan oleh pengikut di laman sosial Facebook NLKO.
"Buat sementara waktu, Faizal akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan," kata kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, kehadiran Faizal pertama kali mengacarakan program tersebut turut membuatkan penonton senang melihat keletah lucu pengara tersebut.
Program NLKO bersiaran setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada pukul 8 hingga 10 pagi menerusi saluran TV9.
________________________________________EnD

Thursday, November 21, 2013

RATU ROCK ELLA DISANGKA HAMIL

21/11/2013-12:59pm
Assalam...
Salah sangkalah
_________________
Penyanyi Ella Buang Apendiks Disangka Hamil
Khamis November 21, 2013

Ella memberitahu dia menjalani pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri dan sedang dalam proses pemulihan.
KUALA LUMPUR: Ratu rock Ella menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi.
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.
"Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu," katanya kepada mStar Online.
Ella ditemui pada pertandingan akhir Ratu Rania di Studio 2, Astro Bukit Jalil di sini malam Rabu.
Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya.
Dalam pada itu, Ella tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album terbaharunya pada tahun depan yang kini masih dalam proses pembikinan.
"Alhamdulillah, saya tidak sabar untuk menghadiahkan peminat-peminat dengan lagu terbaru.
"Malah selepas pelancaran album tersebut, saya akan mengadakan konsert jelajah pula," ujarnya.
_______________________________EnD