Wednesday, May 25, 2016

POLIS TANGKAP 'KLUANG MAN' KERANA HINA TMJ

25/05/2016 - 07:21pm

Assalam....habihlah mamat nih kena sekolah...:)

_______________

Polis tangkap 'Keluang Man' 

kerana hina TMJ

 



Polis menahan seorang individu susulan tulisan di Twitter yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Masyhur Abdullah, 29, yang menggunakan identiti “Keluang Man” di atas talian ditahan di Kuala Lumpur pagi ini.


Ketua Polis Johor Wan Ahmad Najmuddin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dia ditangkap di Kuala Lumpur, dan harus dibawa balik ke Johor Bahru dan kita harus mohon reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Keluang Man dikatakan mengeluarkan perkataan menghina itu sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ yang sedang makan gajah kecil bertulis CEO.
TMJ dikatakan merujuk kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan bola sepak Pahang Ahrizal Hasan selepas perlawanan dengan JDT sebelum itu.

Pahang memakai gelaran Tok Gajah dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail Kemudian menjelaskan gambar itu tiada tujuan peribadi.
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, dipenjarakan sehingga setahun atau denda RM1,000 setiap hari kesahan berlaku setelah sabitan kes.
https://m.malaysiakini.com/news/342922
______________________________EnD_________

Sunday, May 22, 2016

YUNA FIRST STEP (UJIBAKAT ONE IN A MILLION)

22/05/2016 - 11:17pm

Assalam.....Inspirasi.

"Saya rasa kamu memiliki sesuatu yang istimewa.
 Semua orang akan sukakan awak" Paul Moss



___________________________EnD_________

PENJAGA ZOO TERPAKSA TEMBAK MATI DUA EKOR SINGA -SANTIAGO

22/05/2016 - 05:44pm

Assalam...Kesian singa-singa tu...tak pasal-pasal...apapun nyawamanusia lebih berharga dari binatang, itu moralnya! (Walaupun manusia kadang2 lebih buas dari binatang..)

________________

Zoo Tembak Mati Singa Selepas Lelaki Mahu Bunuh Diri Dalam Kandang

Ahad, 22 Mei 2016 


SANTIAGO: Sebuah zoo di ibu negara Chile terpaksa menembak mati dua singa pada Sabtu bagi melindungi seorang lelaki yang mahu membunuh diri selepas memasuki kandang haiwan berkenaan.
Tindakan lelaki yang cuba membunuh diri itu mengejutkan para pengunjung.
Ketua Zoo Santiago, Alejandra Montalva memberitahu rangkaian televisyen TVN bahawa protokol keselamatan dilaksanakan serta-merta selepas kakitangan melihat seorang lelaki menuruni ke kadang singa dari Afrika itu dengan menggunakan tali.
The attack occurred in full view of visitors, who could only watch in horror as the man was mauled and the lions - one male, one female - were killed
Sumber:http://www.dailymail.co.uk/news/article-3602819/Naked-man-jumps-zoo-s-LION-enclosure-suicide-bid-survives-grave-condition-two-beasts-mauling-KILLED.html
Dua haiwan karnivor tersebut, satu jantan dan satu betina mempunyai naluri untuk menyerang dan perlu ditundukkan.
Beliau menjelaskan bahawa peluru pelali tidak dapat menghentikan serangan serta-merta.
"Kami masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana haiwan-haiwan di zoo merupakan sebahagian daripada keluarga kami," kata Montalva.
"Ia merupakan singa yang telah bersama kami selama lebih 20 tahun."
Lelaki yang mahu membunuh diri itu dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. - AFP
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/05/22/zoo-chile-bunuh-singa/


___________________________END___________________________

Saturday, May 21, 2016

ZUKIEEE MAMPU HIDUP MEWAH JADI VIRAL DENGAN BERMODAL AWAL RM300

21/05/2015 - 07:26am

Assalam...
Moga maju jaya....antara contoh terbaik untuk di jadikan pedoman...

________________

Zukieee Hidup Mewah Bermodalkan Telefon Bimbit RM300

 21 Mei 2016 

Zukiee antara selebriti media sosial yang menerima pendapatan tertinggi.

PETALING JAYA: Selebriti media sosial iaitu Zukieee mengakui menerima perubahan drastik dalam kehidupannya selepas video-video lucu yang dimuat naik di laman sosial mendapat sambutan netizen.

Malah, Zukieee atau nama sebenarnya, Zulkifli Muhammad, 24, berkata, pendapatan selama tujuh bulan membuat video-video pendek itu mampu menanggung kehidupan keluarganya yang susah.

"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya kepada mStar Online. 

Zukie mampu membeli kereta jenis Mazda RX8 hasil pendapatan sebagai selebriti media sosial sejak tujuh bulan.
Zukiee berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Inspirasi Raya Anzel Scarf, ATL dan Zukiee Pendekar yang diadakan Hotel Royal Chulan, di sini, Khamis.

Tambah Zukieee, hasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan aktif di media sosial sudah lama, namun dipendam kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.

Bagaimanapun, tahun lalu, selepas mampu membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.

"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.

"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.

Sehingga kini, Zukieee memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook.
Majlis pelancaran Anzel Scarft, ATL dan Zukiee yang diadakan pada Khamis.
Dalam pada itu, Zukieee berkata, dia turut menerima banyak tawaran untuk beraksi di beberapa program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak.

Dia menolak tawaran tersebut semata-mata untuk menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya iaitu hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.

"Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.

"Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," ujarnya.


Selain itu, Zukieee berkata, dia kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanan Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosi produk di media sosial.

Katanya, ia merupakan gabungan beberapa rakan selebriti media sosial lain yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam mempromosi sesuatu produk.

"Saya serius dalam kerjaya ini dan sudah memiliki sebuah syarikat untuk tujuan itu semata-mata. Di bawah syarikat itu saya mempunyai beberapa rakan-rakan blogger yang aktif di media sosial," ujarnya.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/05/21/zukieee-mewah/
________________________________EnD_______

Tuesday, May 17, 2016

FASHA SANDA DIGANGGU BEKAS SUAMI?

16/05/2016 - 11:34pm

Assalam..pulak! Lambat bertindak nanti disapu orang.....

_____________________

Fasha Sanda Repot Polis Dipercayai Akibat Gangguan Bekas Suami

Selasa, 17 Mei 2016 6:46 AM

Fasha Sandha


KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Fasha Sandha enggan mendedahkan punca dia membuat laporan polis pada petang Isnin di Balai Polis Ampang dekat sini namun perkara itu dikatakan akibat gangguan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, yang dihubungi bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai dakwaan terbabit.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah.

"Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya kepada mStar Online.
Isu terbaharu ini seperti dilaporkan sebuah blog hiburan pada malam Isnin mendakwa bahawa ada beberapa individu melihat kehadiran pelakon itu bersama peguamnya di balai berkenaan pada jam 1 petang dipercayai bertujuan untuk membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya.
Gambar kenangan Fasha bersama bekas suami dan anak-anak mereka.
Difahamkan, Rizal, 40, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan sering mengganggu kehidupan wanita itu apabila dia bersama rakan-rakannya.
Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 itu bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada 20 Januari lalu.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Ura-ura keretakan rumah tangga pasangan berkenaan timbul sejak awal Disember tahun lalu namun Fasha enggan mengulas lanjut ketika itu.

Timbul juga desas-desus sebelum ini kononnya konflik dalaman perkahwinan itu dikatakan berpunca daripada tekanan oleh keluarga Rizal.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/05/17/fasha-repot-polis/
____________________________________EnD__________



Friday, May 13, 2016

ANAK KAMBING JOHOR TIADA DNA MANUSIA

13/05/2016 - 11:57pm

Assalam...
Kuasa Allah berbagai-bagai...

____________________

Anak kambing tidak ada DNA manusia

13/05/2016




PUTRAJAYA - Kajian terhadap anak kambing ganjil yang dilahirkan menyerupai wajah manusia mendapati haiwan itu tidak mempunyai genetik atau asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Vaterinar, Datuk Dr. Kamarudin Md. Isa berkata, anak kambing itu sebenarnya mengalami kecacatan semasa di dalam rahim ibunya.
"Bedah siasat yang dilakukan ke atas bangkai anak kambing berkenaan pada 26 April lalu di Makmal Vaterinar Johor Baharu mendapati genetik kambing berkenaan adalah abnormal.
"Perkara ini adalah lumrah dan ia juga boleh terjadi kepada manusia. Sebenarnya anak kambing berkenaan juga sudah mati di dalam kandungan ibunya apabila kita jalankan pemeriksaan ke atas paru-parunya.
"Peratusan untuk kejadian ini berlaku lagi adalah amat rendah dan tidak sampai satu peratus pun," katanya ketika Sesi Dialog bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar bersama media di Wisma Tani dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, kisah anak kambing tersebut menjadi viral di media sosial kerana wajahnya yang dikatakan menyerupai bayi manusia.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz48YGI8oQc 

______________________EnD__________
 

Wednesday, May 11, 2016

SEARH BERI YAZID 48 JAM.....

11/05/2016 - 10:08pm
Assalam...harap papa-papa  selesaikan dengan baik..huss..

_____________________________________________________

Search beri Yazid 48 jam

11/05/2016


Pemain dram Search, Yazid, diminta menghentikan serta-merta sebarang tuduhan bersifat jenayah terhadap kumpulan itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Selain itu anggota kumpulan rock legenda berkenaan turut menuntut Yazid membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat kenyataan negatif terhadap Search.
"Nama baik Search kini tercemar kerana beliau membuat dakwaan kononnya Amy mempergunakan sekolah agama," kata peguam Search Yusmadi Yusoff hari ini.
Katanya Yazid diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf berkenaan sebelum Search mempertimbangkan langkah lain yang perlu diambil.
"Kami akan memberi notis tegas kepada Yazid untuk menghentikan fitnah. Kes ini memberi impak kepada reputasi Amy sendiri selaku pengasas sekolah tahfiz, selain menjejaskan nama baik anggota lain," katanya.
Hari ini Harian Metro melaporkan Yazid mendakwa dia sudah lama berasa "tawar hati" dengan kumpulan berkenaan tetapi masih banyak bersabar.
Terdahulu dia membuat laporan polis mengenai Amy dan isteri vokalis Search itu, Nourish (atau nama sebenarnya, Norhasniza Hassan) kerana mendakwa tidak mendapat bayaran hasil persembahan dengan kumpulan itu.
Yazid juga mendakwa dia ditengking Nourish apabila bertanya mengenai wang yang dirasakan haknya.
Yazid buat Search kecewa
Pemain dram berusia 58 tahun itu juga berkata dia tidak kisah jika disaman kerana apa yang dilakukannya hanya untuk mempertahankan haknya.
“Apa yang saya cakap ini ada kebenaran dan disertakan dengan bukti. Saya dimaki oleh Nourish hanya kerana bertanya mengenai wang yang sepatutnya saya terima,” katanya dilaporkan portal Harian Metro.
Yazid juga bercadang menubuhkan Search Junior jika Search sedia ada ini berpecah.
Sementara itu Amy berkata tuduhan Yazid sama sekali tidak berasas dan tidak melambangkan hubungan erat terjalin sejak kumpulan itu ditubuhkan 35 tahun lalu.
"Kami tidak pernah mengetepikan dia (Yazid) dalam segala urusan termasuk berkaitan bayaran konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung pada 30 Ogos di Sepang.
"Tindakan dibuat Yazid amat mengecewakan kami semua kerana ia melulu.
"Saya amat terkejut apabila seorang kawan ibarat hendak memutuskan hubungan yang terjalin selama ini," katanya.
Tak masuk akal
Turut hadir di sidang media khas di Hartamas hari ini ialah anggota lain Search iaitu Nasir Daud (bass), Nordin Taib (gitar) dan Hamzah Mohd Taib atau Kid (gitar) serta Nourish.
Di sidang media itu Search menjelaskan semua urusan pembayaran dan pengurusan dibuat dengan merujuk kepada memorandum persefahaman (MoU) 25 Disember 2015.
Dokumen itu ditandatangani antara penaja konsert, Afjets Sdn Bhd, dan Amy, Nasir, Nordin dan Kid. Yazid - yang menghadapi masalah kesihatan - tidak terbabit dalam MoU itu.
Disebabkan perjanjian itu masih di peringkat perbincangan, urusan berkaitan kewangan masih terletak secara langsung di bawah pertimbangan Search.
"Berhubung kedudukan Yazid sebagai pemain dram dalam Konsert Search 35 Tahun, Search mengambil berat terhadap kedudukan pemain dram mereka.
"Seperti diketahui umum Yazid berada dalam keadaan kurang sesuai untuk beraksi sepenuhnya dalam konsert kelak.
"Pun begitu Search sebagai sebuah kumpulan masih tidak melupakan apatah lagi mengetepikan Yazid sebagai anggota kumpulan," kata kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu juga menyebut Search tidak pernah mengabaikan kebajikan Yazid atau mengetepikannya.
Malah, kata kenyataan itu, Search sentiasa berkongsi rezeki dengan Yazid walaupun mereka "sedia maklum" dalam banyak keadaan dia tidak berkemampuan beraksi sepenuhnya sebagai pemain dram.
"Tuduhan pecah amanah seperti dilaporkan adalah tidak masuk akal," kata kenyataan itu.
Pada sidang media hari ini juga, wartawan diberitahu Yazid tidak menerima bayaran pertama tetapi sudah menerima bayaran kedua yang dikeluarkan Afjets kepada Search.
Bahan:https://www.malaysiakini.com/hiburan/341120

_________________________________EnD_______

MISTERI SEKUMPULAN AYAM HUTAN MATI .....

11/05/2016 - 07:24am

Assalam...agak-agak...betul ker nie...misteri juga...apa pun kalau silap viral pun ayam jer..haha, kawasan rumah diaorang (ayam) kena ceroboh tak...atau dah buntu tak ada tempat tinggal...
_____________________________________________

Har ini dapat berita misteri ayam hutan mati berjemaah langgar dinding kilang ST kat Muar. Sesama la kita doakan y baik2 je. Semoga kawan2 y kerja di sana dilindungi dari perkara x elok. Allah maha mrngetahui petunjuk apakah sume ni.



ST Microelectronics Sdn Bhd 



.






Sumber:https://www.facebook.com/kisah2benar/
_____________________________EnD________


Tuesday, May 10, 2016

ALVIN TAN (BLOGGER SEKS) 'POSTING BAK KUT TEH' DI BULAN RAMADHAN SEBAGAI JUADAH BERBUKA SESUATU YANG KELAKAR......

10/05/2016 - 09:37pm

Assalam....agak2 kalau jumpa AT nie tengah jalan apa nak buat yer...

_________________

Alvin Tan Fikir Posting 'Bak Kut Teh' Kelakar, Mahkamah Diberitahu

Selasa, 10 Mei 2016

Monday, May 9, 2016

AZMIL MUSTAPHA TAK HALANG ANAK CEBURI BIDANG SENI

09/05/2016 - 09:40pm

Assalam.....Moga Allah memberi kesihatan kepada saudara Azmil

____________________________________


Anak teruskan legasi Azmil Mustapha



AZMIL (kanan) bersama anaknya, Bazli. 

KUALA LUMPUR: Anak lelaki tunggal pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha, Mohd Bazli Zhafri, 22, mungkin akan meneruskan legasi bapanya apabila menyuarakan minat untuk mewarnai industri seni. 

Melihat pada penampilan, Mohd Bazli sememangnya mempunyai pakej untuk bergelar anak seni jika bakatnya digilap. 

Dengan paras rupa menarik dan ketinggian, Mohd Bazli tidak menolak peluang dan rezeki jika ada yang mahu melamarnya sebagai pelakon. "Mungkin sebab daripada ayah sendiri, jadi saya terikut-ikut mahu jadi sepertinya. 

Selain seni, saya juga minat kerja di bahagian produksi atau belakang tabir. "Dulu pun saya pernah ikut ayah ke merata tempat untuk menerbitkan beberapa dokumentari," katanya yang mengkagumi bakat ayahnya sendiri. "Pastinya lakonan ayah dalam filem Ali Setan antara yang saya minati. 

Selain itu, saya suka tengok lakonannya dalam filem Puteri Gunung Ledang walaupun tak
banyak babak membabitkannya," katanya yang kini berehat sementara menjadi jurulatih kecergasan berikutan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika ini, beberapa produksi sudah menunjukkan minat untuk melihat bakat Mohd Bazli, termasuklah pemilik Zeel Production, Fadzil Teh. 

Dalam pertemuan BH Online dengan Azmil, baru-baru ini, Azmil memberitahu tidak pernah menghalang minat anak untuk menceburi dunia seni biarpun beliau sendiri sudah berhijrah dan meninggalkan dunia seni. Malah, Azmil memberikan sokongan penuh jika anaknya mahu mencuba nasib dalam bidang itu.

 http://www.bharian.com.my/node/121707

________________________________EnD____________

KEPUTUSAN ABPBH KE 29 (2016)

09/05/2016 - 12:20am

Assalam......paste and post ...info aje.

____________________________________

Keputusan ABPBH 29

09/05/2016




PUTRAJAYA: Berikut keputusan Anugerah Bintang Popular BH 29 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.




Artis Baharu Wanita Popular - Mira Filzah 
Artis Baharu Lelaki Popular - Sufi 
Penyanyi Wanita Popular - Adira 
Penyanyi Lelaki Popular - Aizat Amdan



DARI kiri, Mira Filzah, Sufi, Adira dan Aizat Amdan.

Penyampai Radio Popular - DJ Lin 
Artis Versatil Popular - Ifa Raziah 
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Wings 
Artis Komedi Popular - Abam


DARI kiri, DJ Lin, Ifa Raziah, Abam dan Wings (Awie).

Pengacara TV Popular - Neelofa 
Artis Trending Popular - Ayda Jebat 
Personaliti Media Sosial Popular - Lara Alana 
Pelakon TV Wanita Popular - Emma Maembong



DARI kiri, Neelofa, Ayda Jebat, Lara Alana dan Emma Maembong.

Pelakon TV Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad 

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Fauziah Ahmad Daud 
Artis Ikon #RESPEK Popular - Datuk Aznil Nawawi 
Pelakon Filem Wanita Popular - Fathia Latiff 
Pelakon Filem Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad


Dari kiri:Sharnaaz Ahmad, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Aznil Nawawi dan Fathia Latiff.

Pelakon Filem Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad Artis 
Selfie Popular - Saharul Ridzwan 
Bintang Paling Popular - Neelofa



http://www.bharian.com.my/node/151716

___________________________________EnD-------

Sunday, May 8, 2016

PELAJAR MALAYSIA DI AUSTRALIA DI DAKWA PINDAHKAN RM13.8JUTA ( SALAH MASUK) KE AKAUN RAHSIA PERIBADINYA RM 15 RIBU SEHARI....

08/05/2016-07:15pm

Assalam...post sebelum Maghrib..huhu...rasa active pulak!

_________________

Pelajar Malaysia Di Australia Pindah RM15,000 Sehari Ke Akaun Bank Rahsia

08/05/2016




PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Australia didakwa telah menggunakan wang berjumlah A$4.6 juta (RM13.8 juta) secara salah yang dimasukkan oleh bank ke dalam akaunnya.
Dia dituduh telah memindahkan sebanyak A$5,000 (RM15,000) sehari ke dalam akaun-akaun bank rahsia di seluruh negara itu.

The Daily Telegraph melaporkan bahawa Christine Jiaxin Lee dipercayai menyalurkan A$33,000 (RM99,000) seminggu ke dalam akaun peribadinya di bank-bank yang tidak bergabung dengan Westpac, bank yang telah melakukan kesilapan sehingga dia memperoleh wang berjumlah RM13.8 juta itu.

Pindahan ke akaun-akaun tersembunyi itu dianggap berjumlah A$1.3 juta (RM3.9 juta) tetapi pindahan-pindahan yang cukup kecil itu tidak menimbulkan keraguan terhadap bank itu.

Ia juga melaporkan bahawa sebahagian besar daripada baki yang hilang berjumlah A$3.3 juta (RM9.9 juta) mungkin telah dipindahkan ke luar negara atau telah dibelanjakan.

Pelajar kejuruteraan kimia berusia 21 tahun itu telah diberikan overdraf tanpa had apabila dia membuka akaun bank dengan Westpac Bank pada bulan Ogos 2012.

Dia kemudian menghabiskan masa selama lima tahun untuk membelanjakan sebanyak A$85,000 (RM255,000) seminggu, tinggal di sebuah penthouse mewah di Sydney, Australia dan membeli pakaian dan beg tangan berjenama mewah.

Dia ditangkap di lapangan terbang Sydney minggu lalu selepas mendapat pasport kecemasan untuk terbang pulang ke Malaysia.

Dia didakwa tidak amanah mendapatkan manfaat kewangan dengan penipuan dan sengaja berurusan dengan hasil jenayah.

Walau bagaimanapun, majistret Lisa Stapleton dilaporkan menyatakan keraguan beliau tentang tuduhan terhadap Lee, bersetuju dengan peguam cara bantuan guaman Lee bahawa sukar untuk polis membuktikan perbelanjaan itu sebagai tidak sah.

"Dia tidak mengambilnya daripada mereka. Mereka memberikannya kepada dia," kata Stapleton.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/05/08/pelajar-malaysia-pindah-wang/
Read more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bukan-salah-pelajar-joli-duit-bank-8211-mahkamah-1.319610
_____________________________EnD________


Saturday, May 7, 2016

KEPUTUSAN PRN SARAWAK 11 07 MAY 2016 - LIVE UPDATE

LIVE UPDATE! #PRNSarawak11




_______________________EnD

KEPUTUSAN PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE 11 - 07 MAY 2016



Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 11 Pada 07/05/2016



 
______________________________________________


KUCHING: Faktor cuaca dijangka melewatkan pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, jangkaan awal keputusan penuh sebelum 11 malam mungkin berubah berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Susulan nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, kira-kira 250km dari sini semalam, katanya, SPR menggunakan moto 'biar lambat asalkan selamat' dalam membawa pulang peti undi dari pusat pengundian ke pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh negeri itu. "Harap rakyat faham," katanya kepada media selepas melawat Pusat Semakan Peti Undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang di Dewan Masyarakat Kuching, di sini hari ini. Selain kenderaan, beliau berkata, SPR akan menggunakan 38 buah helikopter, 663 perahu dan 64 bot laju. Katanya, khidmat helikopter itu akan digunakan oleh lapan pasukan bergerak dengan setiap pasukan terdiri daripada ketua tempat undi dan tiga kerani pengundian untuk membawa peralatan pengundian dari satu pusat ke pusat pengundian lain. Beliau berkata, atas faktor jumlah pengundi dan lokasi pengundian, beberapa pusat pengundian berkongsi pasukan bergerak dan peti undi yang sama seperti Rumah TK Barang Lugun dan Sekolah Kebangsaan Bario di DUN Mulu. Menurut Jabatan Meteorologi Sarawak, cuaca mendung dan hujan diramal berlaku pagi esok di beberapa kawasan di negeri ini, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang. Pada sebelah petang pula, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/150918

_________________________________________________
Butiran:



Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 11 Pada 7 5 2016

SENARAI PUSAT PENAMAAN CALON, PUSAT PENGIRAAN UNDI BERKELOMPOK (PENGUNDIAN AWAL), PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI DAN PUSAT PENGELUARAN / PEMBUKAAN / PENGIRAAN UNDI POS  


Semakan Daftar Pemilih Secara Online (Klik):


 Senarai penuh calon-calon:


    1. Francis Teron Kadap ak Noyet…… (PKR)
    2. Niponi ak Undek ……………..(Bebas)
    3. Patrick ak Uren ……………..(PBDSB)
    4. Ranum ak Mina ………………….(BN)
    (2011: Ranum ak Mina: BN-SUPP: Maj:2,006)

    N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
    1. Dato Henry @ Harry ak Jinep…… (BN-SPDP)
    2. Mordi ak Bimol………………….. (DAP)
    (2011: Peter Nansian ak Ngusie: BN-SPDP: Maj: 2,072)

    N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
    1. Tan Sri Adenan Satem…..(BN-PBB)
    2. Jazolkipli Numan…………(PKR)
    (2011: Tan Sri Adenan bin Satem : BN-PBB: Maj: 3,216)

    N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
    1. Dr Abdul Rahman Junaidi……… (BN-PBB)
    2. Zainal Abidin Yet ………….. …(PAS)
    (2011: Dr Abdul Rahman Junaidi: BN-PBB: Maj: 5,071)

    N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
    1. Dr Hazland Abang Hipni………..(BN-PBB)
    2. Mohamad Fidzuan Zaidi ………. (Amanah)
    (2011: Dr Hazland Abang Hipni: BN-PBB: Maj: 3,752)

    N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
    1. Fazzrudin Abdul Rahman ……. (BN-PBB)
    2. Nurhanim Mokhsen………………(PKR)
    (2011: Datuk Daud Abdul Rahman: BN-PBB: Maj: 4,551)

    N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
    1. Nani Sahari ……………………….(Amanah)
    2. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali….(BN-PBB)
    3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi………….(PAS)
    (2011: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali: BN-PBB: Maj: 5,431)

    N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
    1. Mohammad Salleh Shawkatali ………………(PKR)
    2. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ..(BN-PBB)
    (2011: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg : BN-PBB: Maj: 2,800)

    N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
    1. Pau Kiu Sung ……..(BN-SUPP)
    2. Teo Kuang Kim ……… (Star)
    3. Wong King Wei ………..(DAP)
    (2011: Wong King Wei: DAP: Maj: 7,884)

    N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
    1. Milton Foo Tiang Wee …….. (BN-SUPP)
    2. Violet yong Wui Wui …………..(DAP)
    (2011: Violet Yong DAP: DAP: Maj: 7,595)

    N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
    1. See Chee How…………(PKR)
    2. Sih Hua Tong …….(BN-SUPP)
    3. Soo Lina………….. (Star)
    (2011: See Chee How: PKR: Maj: 8,381)

    N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
    1. Chong Chieng Jen ……….(DAP)
    2. Yap Yau Sin…………(BN-SUPP)
    (2011: Chong Chieng Jen: DAP: Maj: 4,824)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N013: BATU KITANG : SARAWAK: 17,494
    1. Voon Shiak Ni …………………….(PKR)
    2. Sulaiman Kadir ………………….(Bebas)
    3. Datuk Seri Othman Bojeng………….(Bebas)
    4. Lo Khere Chiang ……………….(BN-Supp)
    5. Abdul Aziz Isa ……………………(DAP)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
    1. Liu Thian Leong ………………….. (Bebas)
    2. Datuk Dr Sim Kui Hian …………….(BN-SUPP)
    3. Christina Chew Wang See ………………(DAP)
    (2011: Christina Chew Wang See (DAP) : Maj:543)

    N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
    1. Abang Junaidi bin Abang Gom……….(PKR)
    2. Abd Karim Rahman Hamzah ………(BN-PBB)
    (2011: Abd Karim Rahman Hamzah:BN-PBB: Maj:4,489)

    N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
    1. Datuk Idris Buang……………(BN-PBB)
    2. Zulkipli Ramzi…………………(PAS)
    3. Abang Abdul Halil Abang Naili.. (Amanah)
    (2011: Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud: BN-PBB: Maj:7,843)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
    1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud ………(BN-PBB)
    2. Leslie Ting Xiang Zhi ………………..(DAP)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
    1. Athina Klaywa Sim …………. (PKR)
    2. Buln ak Patrick Rios………. (Star)
    3. Miro ak Simuh ……………….(BN)
    4. Nyomek ak Nyeap………….. (Bebas)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
    1. Datuk Dr Jerip ak Susil…. (BN)
    2. Sanjan ak Daik………….(DAP)
    3. Willie ak Mongin ……….(PKR)
    (2011:Dr Jerip ak Susil : BN-SUPP : Maj: 3,646)
    *Nama asal/original name – Bengoh

    N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
    1. Musa ak Ngog……………… … (PKR)
    2. Roland Sagah Wee Inn……….. (BN-PBB)
    (2011: Roland Sagah Wee Inn: BN-PBB: Maj: 1,995)

    N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
    1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong………………(PKR)
    2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong …….. (BN-PBB)
    (2011: Datuk Seri Michael Manyin Ak Jawong BN-PBB : Maj: 4,066 )

    N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
    1. Andrew Nyabe ………………(DAP)
    2. Maclaine Ben @ Martin Ben ..(BN-PBB)
    3. Mark Murau ak Sumon ………(PBDSB)
    (2011: Maclaine Ben @ Martin Ben: BN-PBB: Maj: 2,265)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
    1. Cobbold ak Lusoi………………….(PBDSB)
    2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak… (DAP)
    3. Fredrick Bayoi ak Maggie………… (Bebas)
    4. John ak Ilus……………………… (BN)
    5. Johnny ak Aput ……………………(Star)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
    1. Aidel bin Lariwoo …………….(BN-PBB)
    2. Asan bin Singkro ………………..(PAS)
    3. Awang Rabiee bin Awang Hosen…… (Bebas)
    4. Othman Bin Mustapha @Mos…….. (Amanah)
    (2011: Aidel Lariwoo: BN-PBB: Maj: 2,934)

    N025: SIMUNJAN: SARAWAK: 7,774
    1. Awla bin Dris…………. (BN-PBB)
    2. Hipni bin Kanaini……….. (Bebas)
    3. Jamilah binti Baharuddin…… (PKR)
    (2011: Mohd Naroden Majais: BN-PBB: Maj: 4,048)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N026: GEDONG: SARAWAK: 7,087
    1. Mohd.Naroden bin Majais………. (BN-PBB)
    2. Rapelson Richard Hamit ………..(Amanah)
    3. Uja ak Bansi…………………. (Bebas)

    KERUSI BAHARU/NEW SEAT

    N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
    1. Andrew Anak Jain……………..(Amanah)
    2. Datuk Julaihi Narawi………….(BN-PBB)
    3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad ………(Pas)
    (2011: Julaihi Narawi: BN-PBB: Maj: 2,276)

    N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
    1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh…………….(PKR)
    2. Simoi Binti Peri……………………….(BN-PBB)
    3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman … (Bebas)
    (2011: Simoi Peri: BN-PBB: Maj: 2,506)

    N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
    1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden……….(Amanah)
    2. Hamidah Mokhtar…………………… (Pas)
    3. Razali Gapor ………………….. (BN-PBB)
    (2011: Razaili Gapor: BN-PBB: Maj: 391)

    N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
    1. Entusa ak Imam…………..(Bebas)
    2. Nicholoas Mujah ak Ason ……(PKR)
    3. Pok ak Ungkut……………(PBDSB)
    4. Snowdan Lawan ………….(BN-PRS)
    (2011: Snowdan Lawan: BN-PRS: Maj: 2,885)

    N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
    1. Jubri ak Atak …………….(PKR)
    2. Datuk Mong ak Dagang ….. (BN-PRS)
    (2011: Mong ak Dagang: BN-PRS: Maj: 2,773)

    N032: SIMANGGANG: SARAWAK: 11,472
    1. Datuk Francis Harden ak Hollis……(BN-SUPP)
    2. Leon Jimat Donald ………………… (DAP)
    3. Ngu Piew Seng…………………… (Bebas)
    4. Norina Umoi ak Utot ………………..(PKR)
    (2011: Datuk Francis Harden ak Hollis: BN-SUPP: Maj: 2,447)

    N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
    1. Adan ak Sandom ……………(Bebas)
    2. Dr Johnical Rayong ak Ngipa …..(BN)
    3. Nicholas Bawin ak Anggat …….(PKR)
    4. Ridi ak Bauk………………(Bebas)
    (2011:Dr Johnical Rayong ak Ngipa:BN-SUPP: Maj: 3,807)

    N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
    1. Kolien ak Liong …………..(PKR)
    2. Malcom Mussen ak Lamoh…..(BN-PRS)
    (2011: Malcom Mussen ak Lamoh: BN-PRS: Maj: 2,741)
    *Nama asal/original name – Batang Air

    N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
    1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam……(BN-PBB)
    2. Yakup Daud …………………….(PKR)
    (2011: Ricky @ Mohammad Razi Sitam: BN-PBB: Maj:1,728)
    PENCALONAN/NOMINATION – SARAWAK

    N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
    1. Gerald Rentap Jabu …… (BN-PBB)
    2. Vernon Albert Kedit ………(PKR)
    (2011: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang: BN-PBB: Maj:1,916)

    N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
    1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas ……..(BN-PBB)
    2. Noel Changgai Bucking ………………..(PKR)
    (2011: Robert Lawson Chuat: BN-PBB: Maj: 2,774)

    N038: KALAKA: SARAWAK: 7,327
    1. Datuk Abdul Wahab Aziz……..(BN-PBB)
    2. Jemat Panjang ……………….(PKR)
    (2011: Abdul Wahab Aziz: BN-PBB: Maj:5,170)

    N039: KRIAN: SARAWAK: 11,959
    1. Ali ak Biju…………. (PKR)
    2. Kilat ak Beriak….. (BN-SPDP)
    (2011: Ali ak Biju: PKR: Maj:2,090)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N040: KABONG: SARAWAK: 9,287
    1. Jini Bin Sahini ………..(Amanah)
    2. Mohd Chee Bin Kadir …….(BN-PBB)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
    1. Asbor bin Abdullah ………….(Bebas)
    2. Sopian bin Julaihi………….(Amanah)
    3. Datuk Talif @ Len bin Salleh…(BN-Pbb)
    (2011: Datuk Talif@Len Salleh: BN-PBB: Maj: 4,546)
    *Nama asal/original name – Belawai

    N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
    1. Abdullah Saidol ……………(BN-PBB)
    2. Mohamad Fadillah Sabali……..(Amanah)
    (2011: Abdullah Saidol:BN-PBB: Maj: 4,250)

    N043: DARO: SARAWAK: 8,491
    1. Ibrahim Bayau ……….(Amanah)
    2. Safiee Ahmad ………. (BN-PBB)
    (2011: Murni Suhaili (BN-PBB): Maj: 3,197)

    N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
    1. Abdullah Saminan …………..(Bebas)
    2. Datuk Dr Juanda Jaya……… (BN-PBB)
    3. Kiprawi Suhaili …………..(Amanah)
    (2011: Gani @ Abu Seman (BN-PBB): Maj: 2,926)

    N045: REPOK: SARAWAK: 20,263
    1. Dato Dr Huang Tiong Sii………(BN-SUPP)
    2. Wong Chin King………………..(Bebas)
    3. Yong Siew Wei…………………..(DAP)
    (2011: Dr Wong Hua Seh (DAP): Maj: 2,679)

    N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
    1. Ding Kuong Hiing…………(BN-SUPP)
    2. Ting Tze Fui ……………….(DAP)
    (2011: Ting Tze Fui(DAP): Maj: 2,687)

    N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
    1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ……..(Bebas)
    2. Rinda Juliza ak Alexander ……….(DAP)
    3. Tan Sri William Mawan…………….(BN)
    (2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)

    N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
    1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ……..(Bebas)
    2. Rinda Juliza ak Alexander ……….(DAP)
    3. Tan Sri William Mawan…………….(BN)
    (2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
    PENCALONAN/NOMINATION – SARAWAK

    N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
    1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ……..(Bebas)
    2. Rinda Juliza ak Alexander ……….(DAP)
    3. Tan Sri William Mawan…………….(BN)
    (2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)

    N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
    1. Allan Siden Gramong………(BN-PBB)
    2. Chen Nguk Fa ………………(PKR)
    3. Semawi ak Paong…………..(Bebas)
    (2011: Datuk Gramong Juna (BN-PBB): Maj: 1,629)

    N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
    1. Chieng Buong Toon……..(BN-SUPP)
    2. Irene Mary Chang Oi Ling…..(DAP)
    3. Moh Hiong King ………….(Star)
    (2011: Wong Ho Leng (DAP): Maj: 8,827)

    N052: DUDONG: SARAWAK: 29,028
    1. Casper Kayong Anak Umping….(Bebas)
    2. Lee Chung Fatt…………. (Bebas)
    3. Ting Yiik Hong…………… (Star)
    4. Tiong Thai King …………… (BN)
    5. Yap Hoi Liong ……………..(DAP)
    (2011: Yap Hoi Liong (DAP): Maj: 317)

    N053: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 18,340
    1. Datuk Seri Wong Soon Koh ………………….(BN)
    2. Wong Sing Wei……………………………(STAR)
    3. Watson Bangau ak Jonathan Renang………….(Bebas)
    4. Chiew Sung Ngie ………………………… (DAP)
    5. Yeu Bang Keng ………………………….(Bebas)

    N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
    1. Lau Ung Hie …………(BN)
    2. Priscilla Lau ……. (Star)
    3. Wong Kee Woan……….(DAP)
    (2011: David Wong Kee Woan (DAP): Maj: 6,391)

    N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
    1. Dr Annuar Bin Haji Rapa’ee…..(BN-PBB)
    2. Tiong Ing Tung……………….(Star)
    3. Abdul Rafidin Bin Majidi……….(PKR)
    (2011: Dr Annuar Rapaee (BN-PBB): Maj: 5,302)

    N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
    1. Datuk Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming ….. (BN-PBB)
    2. Sim Eng Hua ………………………………(PKR)
    (2011: Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB): Maj: 4,990)

    N057: TELLIAN: SARAWAK: 8,914
    1. Asini @ Hasni bin Yahya ………..(PKR)
    2. Yussibnosh Balo …………….(BN-PBB)
    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
    1. Abdul Yakub Bin Arbi………(BN-PBB)
    2. Nurzaiti Binti Hamdan……..(Amanah)
    (2014 Pilihan raya kecil/By-election: Yussibnosh Balo (BN-PBB): Maj: 6,991)

    N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
    1. Ali ak Puji…………………………(Bebas)
    2. Christopher Gira @ Gira ak Sambang……(BN-PRS)
    3. Simon ak Joseph ………………………(PKR)
    (2011: Joseph Mauh Ak Ikeh (BN-PRS): Maj: 1,292)

    N060: KAKUS: SARAWAK: 12,953
    1. Clement Bayang ………………….(PAS)
    2. Datuk John Sikie ak Tayai ……..(BN-PRS)
    3. Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng…..(PKR)
    (2011: John Sikie Ak Tayai (BN-PRS): Maj: 602)

    N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
    1. Frankie Bedindang Manjah……..(DAP)
    2. Wilson Nyabong ak Igang……(BN-PRS)
    3. Yong ak Sibat……………..(Bebas)
    (2011: George Ak Lagong (BEBAS) : Maj: 2,837)

    N062: KATIBAS: SARAWAK: 9,666
    1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan…….(BN-PBB)
    2. Paren ak Nyawi ……………………..(DAP)
    (2011: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB): Maj: 2,256)

    N063: BUKIT GORAM: SARAWAK: 11,510
    1. Jefferson Jamit Unyat…………………(BN-PBB)
    2. Larry Asap……………………………..(DAP)
    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
    1. Tan Sri Dr James Jemut Masing ….(BN-PRS)
    2. Agop Linsong…………………….(DAP)
    (2011: Datuk Seri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) : Maj: 3,898)

    N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
    1. Alexander Lehan…………..(PKR)
    2. Liwan Lagang…………. (BN-PRS)
    (2011: Liwan Lagang (BN-PRS): Maj: 2,928)

    N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
    1. Abun Sui Anyit ………….(PKR)
    2. Chukpai Ugon …………(BN-PRS)
    3. Mathew Silek ……………(DAP)
    4. Stanley Ajang Batok ….. (Bebas)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
    1. Abdul Jalil Bujang……………..(PKR)
    2. Kiprawi Aman ………………….(PAS)
    3. Mohammed Anuar Abdul Hamid …… (Star)
    4. Datuk Talib Zulpilip…………(BN-PBB)
    5. Wong Hau Ming ……………….(Bebas)
    (2011: Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB): Maj: 3,128)

    N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
    1. Chien Chiu Sing …………………(DAP)
    2. Chieng Lea Ping ………………..(Star)
    3. Pau Chiong Ung ……………..(BN-SUPP)
    (2011: Chiew Chiu Sing (DAP): Maj: 6,930)
    *Nama asal/original asal – Kidurong

    N069: KEMENA: SARAWAK: 12,991
    1. Leighton ak Manjah ………………..(DAP)
    2. Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom …..(BN-PBB)
    (2011: Dr Stephen Rundi Ak Utom (BN-PBB): Maj: 3,349)

    N070: SAMALAJU: SARAWAK: 13,251
    1. Baba ak Emperan……………(DAP)
    2. Majang ak Renggi ……….(BN-PRS)
    3. Zharudin Narudin…………..(PAS)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
    1. Austin Sigi ak Melu ……… (Bebas)
    2. Bill ak Kayong ……………..(PKR)
    3. Jou @ Peter ak Jelin ………(Bebas)
    4. Rosey Binti Yunus…………….(BN)
    (2011: Rosey Yunus (BN-SPDP): Maj: 3,714)

    N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
    1. Mohammad Arifiriazul Paijo …..(PAS)
    2. Mohdak Ismail ………………(PKR)
    2. Ripin Lamat ……………..(BN-PBB)
    (2011: Ripin Lamat (BN-PBB): Maj: 1,521)

    N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
    1. Alan Ling Sie Keong …………..(DAP)
    2. Sebastian Ting Chiew Yew …. (BN-SUPP)
    (2011: Ling Sie Kiong (DAP): Maj: 1,590)

    N074: PUJUT: SARAWAK: 26,202
    1. Fong Pau Teck………..(Bebas)
    2. Datuk Hii King Chiong……(BN)
    3. Jofri Jarainee…………(PAS)
    4. Ting Tiong Choon……….(DAP)
    (2011: Fong Pau Teck (DAP): Maj: 3,849)

    N075: SENADIN: SARAWAK: 27,874
    1. Dr Bob Baru Langub……………(DAP)
    2. Datuk Lee Kim Shin………..(BN-SUPP)
    1. Philemon ak John Edan……….(PBDSB)
    (2011: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP): Maj: 58)

    N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
    1. Elia Bit……………………………(PKR)
    2. Louis Jalong ……………………..(Bebas)
    3. Datuk Dr Penguang ak Manggil ……. (BN-SPDP)
    (2011: Sylvester Entrie Ak Muran (BN-SPDP): Maj: 3,202)

    N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
    1. Dennis Ngau………… (BN-PBB)
    2. Roland Engan……………(PKR)
    (2011: Dennis Ngau (BN-PBB): Maj: 845)

    N078: MULU: SARAWAK: 8,600
    1. Datuk Gerawat Gala ……….(BN)
    2. Paul Anyie Raja ……….. (DAP)
    3. Pauls Baya………………(PKR)
    4. Roland Dom Mattu………. Bebas)

    (KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

    N079: BUKIT KOTA: SARAWAK: 16,437
    1. Dr Abdul Rahman Ismail ………..(BN-PBB)
    *MENANG TANPA BERTANDING
    (2011: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB): Maj: 5,061)

    N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
    1. Ali ak Adap…………………(Bebas)
    2. Palu @ Paulus ak Gumbang………..(BN)
    (2011: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP): Maj: 1,262)

    N081: BA’KELALAN: SARAWAK: 7,375
    1. Baru Bian………….(PKR)
    2. Willie Liau…….(BN-SPDP)
    (2011: Baru Bian (PKR): Maj: 473)

    N082: BUKIT SARI: SARAWAK: 12,418
    1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
    *MENANG TANPA BERTANDING
    (2011: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB): Maj: 5,063)
    ___________________________PRN11 EnD_______________