Thursday, December 16, 2010

CHECK THIS OUT-BARU AKU TAU.....

16/12/2010-06:38am

Don’t forget - Broadband tax relief 

up to RM500.00


Hanya sebagai ingatan kepada diri 
sendiri juga rakan-rakan, salah 
satu insentif dari pihak kerajaan
yang dapat kita manafaatkan 
bersama. Mungkin ada yang tahu 
tapi terlupa atau ada yang 
tak mengetahui langsung perkara 
ini. Selain dari rebet cukai 
individu keatas tangungan dan
insuran nyawa, ada satu lagi 
rebet cukai yang diberikan oleh 
kerajaan iaitu bil penggunaan 
jalur lebar (broadband).


Hujung tahun ni biasalah sibuk berkira-kira mengisi borang 
Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN (Income tax ). Jangan 
lupa kepada semua individu  memasukkan jumlah bill 
tahunan penggunaan jalur lebar anda kerana setiap 
individu berkelayakan mendapat insentif keatas cukai 
pendapatan sehingga RM500.00. Insentif ini sehingga 
ke tahun 2012, ada dua tahun lagi dan diharapkan 
diteruskan ditahun-tahun mendatang.

Kelayakan rebat hanya diberikan kepada 
pendaftaran pakej jalur lebar (broadband) diatas nama 
individu tersebut sahaja.

Bagaimana kiraan dibuat berdasarkan jumlah bil individu:


  • Jika melanggan pakej bulanan RM68.00, maka:

RM988.00 x 12 bulan = RM1,176.00
Jumlah pemotongan cukai sebanyak = RM500.00

Tetapi jika,

  • Jika melanggan pakej bulanan RM38.00, maka:

RM38.00 x 12 bulan = RM456.00
Jumlah pemotongan cukai sebanyak = RM456.00

Jangan lupa, RM500.00 pun banyak juga tu.

The more you read a blog...the more you know...:)

9 comments:

ZEEQA AJIE said...

alamak...broadband atas nama sendiri la pulak, bukan nama ayah.hehe..

Penulis Rindu said...

makasih bro...dapat lah aku rebat..untuk tahun nie ye.aku ingat tahun depan..huhuhu

blog-tips-kurus said...

Rebat RM500~syukurlah nak :)

Jangan lupa ni:
i. alat senaman = RM300
ii. books = RM1000
(UJANG/MANGGA boleh tak?)

zulkbo said...

salam...
best..yang di nanti
telah tiba..ini lah saatnya

ASSOYFINGER67 said...

blog-tips-kurus;tu pun buku...janji sertakan bil...:)

Uji Hussein said...

Very good info.

Fasihah Supian said...

tq...
info yg sangat penting dan berguna!

MiJiE BLoG said...

salam..wah bagus nie..nnti boleh suruh kakak apply sbb bb ni atas nama kakak..tq for info ni assoy..;)

cikmin said...

wah...baru tahu ni...terima kasih atas info ye assoy... :) adehhhhh...fenin jugak ni bila sampai hujung tahun...nak kira tax2 ni bagai..uhuks..