Sunday, April 10, 2011

INJIL VERSI BAHASA MALAYSIA-PENYELESAIAN 10 PERKARA.

10/04/2011-04:55pm
Ingat pada janji Allah dan tak perlu kesah apa jua bahasa kitab ini kerana sebagai Muslim aku tahu apa yang benar dan tidak..bukankah kita diwajibkan mencari yang benar dan dalam Al Quran telah lengkap segalanya......tak perlu pendua.Full stop!
Kenyataan Akhbar Datuk Seri Idris Jala Mengenai Isu Injil
Ahad April 10, 2011


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesahkan bahawa penyelesaian 10-Perkara telah berjaya membuka jalan bagi pelepasan 35,100 naskah kitab Injil versi Bahasa Malaysia yang disita di Pelabuhan Klang dan Kuching.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata dua pengimport dan pemilik kitab Injil itu ialah Bible Society of Malaysia (BSM), pemilik sah 5,100 naskah kitab itu yang disita di Pelabuhan Klang dan Gideon, pengimport 30,000 naskah di Kuching.
Gambar hiasan
"BSM telah mengambil 5,100 naskah kitab di Pelabuhan Klang dan presidennya Lee Min Choon berkata mereka menyambut baik penyelesaian 10-Perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.
dris berkata BSM amat menghargai penyelesaian 10-Perkara yang dikemukakan oleh kerajaan yang tidak hanya merupakan penerimaan perjanjian 2005 tetapi juga merangkumi perlindungan tambahan untuk memastikan bahawa insiden baru-baru ini yang mencetuskan pertikaian itu tidak berulang.
BSM juga begitu tersentuh dengan kerendahan hati kerajaan dalam mengakui kelemahan ketika mengendalikan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dan permohonan maafnya, katanya.
"BSM tanpa ragu-ragu, memaafkan. BSM juga tidak mengikat kerajaan dari sebarang kewajipan, undang-undang atau moral untuk memberi pampasan bagi 5,000 nskah kitab Injil yang tidak boleh dijual dan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan kerajaan," katanya.

ALLAH ITU ADA MEMBANTU KITA....PERCAYA SEPENUHNYA!KEKAL MUSLIM SELAMANYA!

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

moga dijauhkan segala yg tidak baik....

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;Selagi ajaran Islam itu tersemat,selagi AL Quran wujud,tak ada apa yg boleh apa yang haq dan batil...