Sunday, April 10, 2011

JUST READ:UNDUR DI KEMUNCAK !

10/04/2011-06:55pm
Terpanggil membaca artikel atau luahan pendapat ini,ia amat bersopan dan tidak menindas mana2 hati serta memberi mesej yang amat logik dan bermakna sesuai dengan sifat manusia itu.Membacanya membuat aku merasa seronok untuk terus membaca hingga ke penghujungnya.Apapun yang baik biarlah kita kongsi bersama (bagi mereka yang tak sempat membacanya di Metro).Ia mungkin berkisar kepada ABPBH yang lepas tapi ia juga boleh di bawa kesudut kehidupan kita agar hidup terus bermakna.

Mengalah sebelum kalah,
Menang jangan selalu,
Tak salah kalau mengalah,
Bila kehebatan kita orang dah tahu.

Berlawan dengan yang kuat,
Bersaing dengan yang ternama
Kalau kalah tak rasa ralat,
Bila menang terasa bermakna.
(pantun reka spontan)

Transkripsi Abie

Undur di kemuncak

Ahad, 10 April 2011

ASSALAMUALAIKUM! Ada benarnya apa yang diluahkan Aznil Nawawi dalam Borak Pak Nil minggu ini, mengenai penarikan calon dalam senarai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi memberi laluan kepada mereka yang belum merasai. Tergelak pun, sekali pandang, sesetengah mereka nampak macam kemaruk untuk naik pentas menjulang trofi.
Saya setuju dengan Aznil, seandainya dia akur dengan permintaan untuk tidak menyertai senarai itu, rasanya kemenangan yang diberikan kepada orang baru tidak akan semanis seperti seharusnya. Macam menang sebab tiada saingan, macam berlawan lari dengan anak yang baru bertatih.
SS
Pun begitu saya tidak mempertikaikan langsung kemenangan Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular kerana sesungguhnya 2010, adalah tahun yang cemerlang buat anak emak ini. Malah tahun cemerlang buat Zizan Rajak Lawak, Lisa Surihani serta bintang tiada tara, Datuk Siti Nurhaliza. Kalau Siti masuk bertanding untuk ABPBH kali inipun, belum tentu mampu mengekal kedudukan teratas kerana secara peribadi, aura Sam dan Zizan begitu kuat.
Dato' Siti

.
Bintang Paling Popular pernah bertukar tangan kepada Rosyam Nor, Saiful Apek dan Nabil Ahmad sejak Siti mengunggulinya pada tahun 1996. Apa yang perlu dihairankan tetapi saya rasa kemenangan bersaing dengan Siti itu lebih bermakna. Bukan mudah untuk melepasi liga Siti tetapi saya percaya, semua itu boleh dilakukan sekiranya usaha dan kesungguhan yang jujur

Bagaimanapun orang kata, ada baiknya juga mengundur diri ketika di puncak, ketika masih ramai yang menyukai. Pun ada benarnya seperti yang dilakukan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad. Malah Fara Fauzana juga 'meletakkan jawatan' di Melodi ketika namanya di atas sebelum orang mula bosan. Tahniah Fara untuk dua kategori itu.
Tun M

Namun bagi saya, ia agak berlainan apabila bercakap mengenai perlumbaan populariti sebagaimana ABPBH ini. Sebelum Aznil bercakap hal ini pun, sudah beberapa kali saya mendengar rungutan artis yang bernada kecewa kerana 'bimbang' nama-nama yang biasa menang turut tersenarai dalam kategori mereka. Jelas sangat, mereka mahukan kemenangan itu tetapi perlu diingat, itu semua rezeki Allah.

Usah anggap 'pengekalan' nama-nama rakan seperjuangan sebagai penyekat rezeki, kerana semua itu Dia yang punya. Sebaliknya, bersyukur dengan apa yang diberikan setakat ini. Masuk dalam senarai awal pun sudah kira baik, apatah lagi berada dalam Top 5. Cuba bayangkan segelintir artis yang belum merasai untuk disenaraikan? Mereka juga merungut!

Apapun bagi saya, itu semua rezeki dan rezeki juga satu ujian daripada-Nya, supaya kita tidak pernah lupa dan alpa dengan kejayaan yang dinikmati sekarang. Ingat putaran alam, tidak semestinya matahari memancar setiap hari kerana hujan juga perlu menyirami bumi. Putaran ini lebih kurang putaran hidup kita kerana setiap kejadian itu banyak hikmah-Nya. 
Bersyukur 


Kita hanya perlu bersyukur apa yang diperolehi setakat ini dan daripada situ, kuatkan jati diri untuk bekerja lebih kuat daripada semalam. Seperti yang pernah kita dengar, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1,000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya. Cukup bermakna dan meremangkan bulu roma tetapi itulah yang perlu kita renungkan untuk kehidupan lebih bermakna.

Wassalam.

Hidup sebenarnya untuk  membuat pilihan sebelum mati,mati sebenarnya untuk dihidupkan kembali....

4 comments:

Yuni Aisyah said...

hidup ini tak selalunya kte di atas....bersyukurlah dgn nikmat-NYA..

ASSOYFINGER67 said...

Yuni Aisyah;itu yang sebaiknya...

Penulis Rindu said...

kita kena faham..hidup diibaratkan sebagai roda..kadang kadang di atas ..kdg di bawah

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;kadang2 tak sempat ke mana2 dah pancit..huhu