Friday, August 5, 2011

DEEJAY RADIO SHY8 (USOP WHEELCHA) BAKAL LEPAS JAWATAN PENGURUS

05/08/2011-07:08am
Salam Ramadhan ke5. Harap Shy8 buat keputusan dengan bijak melangkah ke dunia glamour ini.Semuga maju jaya!
___________________________
'Usop Wilcha' Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay
Jumaat Ogos 5, 2011


Shy8 bersama anak dan isterinya
KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.
Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.
"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.
"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM, di sini, Rabu.

_________________________________________
Member Lama:(penjual kek lapis Sarawak)

Kek Lapis Sarawak Menggunakan "Golden Churn" Diharamkan
Klik link di bawah untuk baca lebih lanjut

KAMI TIDAK MENGGUNAKAN BUTTER "GOLDEN CHURN"



Tambah Shy8 lagi, dia tekad untuk mengambil risiko melepaskan kerjaya tetapnya dan memulakan perjalanan hidup baru dalam dunia hiburan.
"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.
"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang keserasian mengendalikan segmen AM Krew, kata Shy8, dia masih dalam proses belajar.
"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.
"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM," katanya.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?
file=/2011/8/5/mstar_hiburan/20110804180114&sec=mstar_hiburan

____________________Usop leas jawatan pengurus__End
MY fren link-cerita baru-klik!!

CERITA BARU



Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

harap di bulan yg baik ni, keputusan itu adalah yg terbaik....

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;Keputusan di dahulukan dengan memohon petunjuk Illahi dgm melakukan solat istikharah
amat baik sekali!