Thursday, August 25, 2011

ZIZAN (RAJA LAWAK) BESAR KEPALA?


25/08/2011-05:40am
Salam Ramadan ke 25.
Kadang2 ada perkara yang kita tak nampak pada diri sendiri tapi orang nampak...kalau orang tu tegur maka Alhamdulillah-lah tapi kalau orang diam dan tengokkan saja...bila kita tahu..malulah kita..umpama cili terselit pada gigi selepas makan....kadang2 kita tak perasankan!!??
______________________
Zizan (Raja Lawak) Perjelaskan Tuduhan Besar Kepala
Khamis Ogos 25, 2011
KUALA LUMPUR: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) menafikan dia mula bersikap besar kepala dan berlagak dengan orang di sekelilingnya termasuklah rakan-rakan rapat.
Kata Zizan, dia terkejut apabila sebuah artikel ruangan pojok di sebuah akhbar mingguan melaporkan mengenai kelakuan buruknya dan menganggap hal tersebut tidak benar sama sekali.
"Saya tak faham apabila dikatakan megah diri dengan apa yang saya peroleh dalam kerjaya sekarang, sedangkan sehingga sekarang saya masih berpijak di bumi nyata dan tahu asal usul saya.
"Mungkin ia sekadar tanggapan orang tetapi jujur saya katakan, tiada apa yang perlu saya bangga kerana banyak lagi perkara dalam bidang seni yang perlu saya pelajari," katanya yang ditemui pada tayangan perdana filem Hantu Bonceng di panggung Odeon, di sini, Selasa.
Tambah Zizan, dia juga terkejut apabila dikhabarkan kononnya tidak puas hati kerana gagal bergelar johan dalam pertandingan Maharaja Lawak yang telah pun berlalu pada 25 Jun lalu.
Bagaimanapun, pelawak itu enggan membesarkan isu tersebut dan meminta maaf sekiranya ada perbuatannya yang telah menyinggung perasaan orang lain.
"Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.
"Maafkan saya jika ada hati yang terluka dengan perangai saya," tuturnya.
Sementara itu, dalam filem Hantu Bonceng, Zizan terbitan Excellent Pictures, Zizan bergandingan dengan Juliana Evans, Jue Aziz, Tai dan Dottie.
Ditanya, adakah keakraban Zizan dengan Juliana bermula dengan filem tersebut, pelawak itu mengakui tentang hal berkenaan tetapi menafikan dia bercinta dengan pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu.
"Memang kami rapat sejak menjayakan Hantu Bonceng sehinggalah sekarang. Tetapi saya harap peminat faham bahawa kami tidak mempunyai sebarang hubungan," ujarnya tersenyum.
____________Zizan besarkepala?_End
CERITA BARU

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

4 comments:

Unknown said...

sapa la nak mengaku diri sendiri tu lupa diri dan bermegah2...
kalau ada orang yang mengaku memang giler la..
tapi kalau tak de angin masakan pokok bergoyang..
sekurang2nya dia tak marah2 bila dengar cerita gini..
ada setengah tu terus nak melenting..
bodoh sombong namanya..
tak boleh ditegur..

Melati Qistyna's Mummy said...

Setiap teguran tu mesti Ada sebab..... Renung2kan......

Rain said...

tak semua orang suka kita, tak semua orang benci kita...

bila jadi perhatian orang rmai, rmai mata memandang, pantang silap sikit kena la cop mcm2..

hati2! ada yang memerhati *kiah propa

ASSOYFINGER67 said...

diana;betul zizan is the best!!!

Melati Qistyna's Mummy ;teguran adalah ilmu..ia sau yang boleh dimanafaatkan..

Rain;kita manusia..kadang2 react kita menikam kalbu org lain..apapun kita ada hak berlaku sebagai manusia normal tanpa kongkongan..aku suka zizan nie,,abang long zizan kihkih!