Salam 20 Syawal.
Sibuk pergi beraya 2 hari lepas...namun inging engucapkan:
Tahniah kepada pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira atas status suami isteri yang sah.
________________________
Azad Jazmin Menangis Teringat Adik
Ahad September 18, 2011
PUTRAJAYA: Pelakon Azad Jazmin John Louis mengakui terkenang Arwah adiknya sehingga menitiskan air mata selepas sah bergelar suami kepada aktres Eira Syazira malam Jumaat.
Kata Azad, adiknya Nizar Jeffri yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu pernah membuat permintaan untuk melihat pasangan selebriti tersebut berkahwin.
"Adik saya baik dengan Eira dan sebelum dia meninggal dunia, dia minta saya berkahwin segera dengan Eira kerana katanya Eira adalah wanita yang paling layak buat saya.
"Biarpun dia sudah tiada tapi saya pasti ada gembira melihat perkahwinan ini, itu yang membuatkan saya menangis, " ujarnya selepas selesai majlis ijab kabul, dikediaman pengantin perempuan, di sini, Jumaat.
Pasangan yang menyemai cinta selama tiga tahun itu mengakui pelbagai dugaan dan susah payah yang mereka hadapi bersama sebelum bergelar suami isteri.
"Sepanjang tiga tahun kami bercinta terlalu banyak perkara yang berlaku, bukan mudah untuk sampai tahap ini,
"Disebabkan itu juga perasaan saya tiba-tiba sebak selepas selamat diijab kabul," katanya lagi.
Sementara itu, Eira yang berada di sisi Azad berkata mereka kini sudah membuat pelbagai perancangan bagi melebarkan kerjaya masing-masing.
"Kami dalam proses mempromosi lagu duet kami bersama berjudul Sajak Dari Hati iaitu dalam album saya,
"Selain itu juga, kami merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian dan kini sedang mencari tempat yang sesuai," katanya.
Ditanya tentang perancangan keluarga, Eira berkata mereka berdua menyerahkan perkara tersebut kepada Allah S.w.T.
"Kami tidak pernah merancang untuk mendapatkan berapa orang cahaya mata, kalau boleh biarlah dalam masa terdekat kerana kami masing-masing sudah tua," katanya.
Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.
Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.
Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.
Gambar pra perkahwinan..pls visit:http://www.melvister.com/2011/09/gambar-pra-perkahwinan-azad-dan-eira-syazira.html
________________azad adn Eira___________End
CERITA BARU
- Dua Kanak Kanak Lemas di Kolam Mandi sebuah Resort Di Jalan Beserah, Kuantan
- Kapal Peronda TLDM, KD Pari Hampir Tenggelam di Perairan Sabah
- Piala AFF Bawah 19 Tahun: Malaysia layak ke separuh akhir
- Mangsa Letupan Bom Di Golok: Suasana Pilu Sambut Mayat Datuk Dan Cucu Yang Menjadi Mangsa
- Taman Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Botani Negara Shah Alam Berwajah Baru
- Apa itu berdengkur?|Langkah pencegahan Masalah Berdengkur
- Penjelasan Marsha mengenai insiden dia dimasukkan ke hospital akibat pengsan
- Kenali Kolestrol|Cara Mengawal Kolestrol
- Dua Maut termasuk seorang Calon PMR dalam kemalangan di Langgar Jip
- Polis Pantau Kebanjiran Aktiviti Persundalan Warga Asing Filipina
- Pemuda Tertekan selepas gambarnya dalam tandas dirakamkan oleh majikannya jatuh dari tingkat 5
MENARIK! MESTI BACA!
- Lelaki Bogel ‘Orang Minyak’ Ditangkap Penduduk
- Keluarga Pencipta Jalur Gemilang Kecewa Dengan Manoharan
- Keputusan Piala Malaysia 17 September 2011
- Panas! Rakaman CCTV Berwarna Anwar Ibrahim Di Ampang Apartment
- Serangan Bom Di Golok | Tiga Rakyat Malaysia Terbunuh
- Hampir 300 Keping Kad Pelbagai Ditemui
- Eira Syazira & Azad Jazmin Sah Menjadi Suami Isteri
- Dua Maut Kereta Terjunam Ke Tali Air
http://stewardjohn.com/
0 comments:
Post a Comment