13/01/2012-12:02am
Salam.
Baru tahu tentang hal ini. Mungkin ia masih baru atau aku yang tak berkesempatan membaca atas sebab kesibukan. Kalau di baca dari perancangan memanglah pulangan lumayan akan menanti. Tak sangka juga Beng Kiang sebegitu kaya...apapun tentu dia berusaha gigih....Apa yang ditakuti pembangunan di Kenyir nanti akan menyebabkan kemusnahan alam semulajadi di Kenyir secara perlahan...tak dapat bayangkan plastik bertaburan (orang Malaysia nie kuat guna plastik) lebih2 lagi bila buka pusat membeli belah...harapan agar semuanya akan difikirkan dan terpelihara atau satu hari nanti Kenyir tinggal nama saja....
____________________________________
Beng Kiang rancang labur RM500j bina pusat beli-belah Tasik Kenyir
2012/01/12
BEKAS pemain beregu badminton negara, Soo Beng Kiang bakal menjadi antara pelabur terbesar di Tasik Kenyir apabila beliau merancang melabur kira-kira RM500 juta di kawasan tasik itu yang akan dibangunkan kerajaan Terengganu sebagai pusat beli-belah belas cukai.http://kejuruteraanpancing.blogspot.com/2010/07/tasik-kenyir-terengganu.html
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri pada dasarnya sudah meluluskan permohonan Beng Kiang bersama rakan kongsinya untuk menyediakan kemudahan sukan, rekreasi, chalet dan hotel di tasik yang mempunyai kira-kira 340 pulau yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong apabila ia dibuka kepada umum sebagai kawasan bebas cukai.
Beliau berkata, pembangunan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai adalah satu daripada pelan pembangunan pelancongan jangka panjang di Terengganu.
Kita percaya dengan pelaburan ini, sudah pasti tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 300 pulau itu mampu menjadi antara kawasan pelancongan terkemuka di negeri ini. - Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu
"Beng Kiang menyatakan hasrat mahu melabur kira-kira RM500 juta untuk membangunkan kemudahan sukan dan rekreasi serta chalet dan hotel di Tasik Kenyir."Kita percaya dengan adanya pelaburan seperti ini, sudah pasti tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 300 pulau itu mampu menjadi antara kawasan pelancongan terkemuka di negeri ini," katanya.
Ahmad berkata, kerajaan negeri mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai antara tulang belakang ekonomi negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mempelbagai sumber pendapatan negeri yang ketika ini hanya bergantung kepada minyak dan gas.
Katanya, bagi memastikan sasaran itu tercapai, kerajaan negeri akan membina lebih banyak prasarana sektor pelancongan termasuk menarik pelabur membina lebih banyak hotel baru termasuk hotel bajet dalam tempoh dua tahun ini selain membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang istimewa.
"Walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu, tetapi jumlah kedatangan pelancong termasuk pelancong asing ke negeri ini terus meningkat kepada 3.9 juta orang tahun lalu berbanding 3.8 juta tahun sebelumnya.
http://gambargambarpelik.blogspot.com/2009/02/tinjau-khazanah-tasik-kenyir.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TemasyaalamTasikKenyir/Article
"Tahun ini, kita sasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini seramai empat juta dan apabila siap sepenuhnya Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan dan kawasan pulau bebas cukai, kita jangka ia mampu menarik sekurang-kurangnya sejuta orang setahun melawat ke tasik itu saja," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BengKiangrancanglaburRM500jbinapusatbeli-belahTasikKenyir/Article
____________________________EnD
CERITA BARU ELLEN
- KERAJAAN TANGGUHKAN PERLAKSANAAN SBPA
- NASHA AZIZ SUDAH BERNIKAH DENGAN ‘TUAN HAJI’ DARI BRUNEI
- WARGA EMAS LUMPUH MENJADI MANGSA SERANGAN TIKUS
- SEORANG LELAKI MAUT, 5 CEDERA DALAM NAHAS LORI SAWIT DAN JIP
- AKTIVIS HAIWAN TIDAK PUAS HATI TIADA TINDAKAN TERHADAP PEMBUNUH ANJING DI COUNTRY HEIGHTS APARTMENT
- PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI TELEVISYEN,LEBIH BERISIKO DISERANG PENYAKIT JANTUNG
- FAZURA KERAP SINDIR NEELOFA DALAM TWITTER?
- ZIZAN AKAN TERBANG KE AS UNTUK MELEPAS RINDU PADA JULIANA EVANS
- MAYAT WANITA DI TEMUI DALAM BEG PAKAIAN
- SAINTIS RAMALKAN DUNIA SEMAKIN HAMPIR MENUJU KIAMAT|GAMBAR JAM KIAMAT
- GOSIP AJAI BERGAMBAR DENGAN WANITA LAIN|AJAI MAHU TAMBAH ANAK
- SONY TABLET S DI MALAYSIA FEB 2012
- WANITA CEDERA TERUK SELEPAS BERGELUT DENGAN DUA PENYAMUN DI LINTAS SQUARE, K.KINABALU
- UDANG DI DALAM LUBANG GUNUNG BERAPI[GAMBAR]
- DATUK SITI NURHALIZA BAKAL DIGANDINGKAN DENGAN NICHOLAS SAPUTRA DALAM FILEM KEKUATAN CINTA
Post Terkini Belalang
- Video Suprise Birthday Dahlia Teck Kepada Apek
- Rumah Wardina Dirompak Tiga Lelaki Bersenjata
- Kabinet Putuskan Tangguh Skim SBPA Sektor Awam
- Pelajar Tunggu Keputusan SPM Mati Dikelar
- Bahaya! Hati-hati Dengan Aplikasi ‘Remove Timeline’
- Perbalahan Rita Rudaini & Zaquan Di Twitter
- Majlis Fatwa Kebangsaan | Penggunaan Dakwat Kekal Harus & Dibenarkan
- Akibat Difitnah Khalwat | Ibu Tunggal Saman Malu
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
1 comments:
bapak besar ikan naga tu....hahaha kompom tak berani sy nk masuk dlam air tu!
Post a Comment