Monday, January 2, 2012

SAKIT LUTUT......TINDAKAN SUSULAN

02/01/2012-09:44pm

Salam. 
Sebenarnya aku sekarang mempunyai masalah lutut yang masih belum serius lagi. Apapun ia mengganggu pergerakan dan menimbulkan rasa kurang selesa dan kekadang sakit (ngilu) yang teramat.Agar rencana ini dapat memberi sedikit gambaran dan peringatan pada kita semua:))


_________________________

Tahan 15 tahun


IMPLAN... bentuk alat ganti tiruan yang dipasang pada lutut.
IMPLAN... bentuk alat ganti tiruan yang dipasang pada lutut.

Foto
TISU LEMBUT... foto X-ray menunjukkan bentuk tulang sendi tiruan yang siap dipasang.
Foto
TIRUAN... implan dipasang pada lutut bagi menggantikan tulang rawan yang rosak.




MENGINTAI usia senja, pelbagai sakit mula menjengah. Osteoartritis (OA) antara penyakit yang kerap menyerang warga emas. Umpama tayar botak, kemerosotan pada sendi lutut yang berlaku mengakibatkan kesakitan dan nyeri hingga membataskan pergerakan. Mereka yang mengalaminya terasa sakit ketika berjalan, menaiki tangga, duduk mahupun berdiri lama.
Antara tulang paha dan tulang kering, ada sendi lutut yang mempunyai jurang dan permukaan itu diisi tulang rawan atau tulang lembut.
Foto
DR EWE... pembedahan gantian sendi antara kaedah mengembalikan fungsi lutut

Dalam keadaan normal, tulang rawan yang bersifat fleksibel berfungsi sebagai kusyen yang mencegah pergeseran antara dua tulang berkenaan. Bagaimanapun, apabila tulang rawan haus atau mengalami kemerosotan akibat penggunaan berlebihan, ia akan bergesel.

Selain warga emas, sakit sendi lutut akibat kemerosotan tulang rawan dialami mereka yang terbabit dalam sukan yang memerlukan banyak aktiviti fizikal dan terlalu lasak seperti ragbi.

Perunding Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Ewe Teong Wan berkata, pemeriksaan X-ray boleh mengesan kehausan tulang rawan dan pembedahan gantian sendi lutut antara kaedah yang membantu menghilangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi lutut.
Menurutnya, OA berlaku pada semua bangsa tetapi lebih banyak dialami orang Asia. Ini mungkin disebabkan tabiat orang Asia suka mencangkung manakala orang Inggeris kurang berdepan masalah ini kerana mereka tidak mencangkung, mungkin disebabkan tiada latihan.
_________________________Iklan_______________________
Blog baru sensasi:aku bukan suara bawah tanah
Encik Bell a.k.a Belalang Hijau Perisik
http://encikbell.blogspot.com/
________________________________________________

Berikut adalah temubual wartawan Metro Ahad dengan Dr Ewe.


Apakah simptom penyakit ini?

Biasanya warga emas mengalami sakit lutut apabila berjalan. Ia terjadi kepada mereka yang bertubuh besar atau mempunyai berat badan berlebihan.

Mereka yang terbabit dalam aktiviti berlebihan seperti ragbi atau sukan terlalu lasak juga mudah terdedah kepada masalah tulang rawan haus.

Ketika muda, ia tercedera ketika bersukan, apabila meningkat usia, individu terbabit mudah mendapat artritis. Namun, kebarangkalian untuk mendapat OA bergantung kepada seseorang itu, sama ada tulang rawannya kuat atau sebaliknya.

Sebagai contoh, seseorang yang memandu dengan kelajuan 200km/j dengan mereka yang memandu perlahan, sudah tentu tayar kereta yang dipandu dengan kelajuan 200km/j akan cepat botak.


Siapa mudah mendapat OA?

Wanita lebih ramai mengalami OA dengan nisbah lapan perempuan, seorang lelaki (8:1).


Apakah punca OA?

Beberapa faktor menyumbang kepada OA termasuk obesiti, penuaan dan kecederaan akibat bersukan atau kemalangan.


Usia pesakit?

Kebanyakan kes berlaku kepada warga emas iaitu lelaki atau wanita berusia lebih 60 tahun.


Cara rawatan?

Rawatan bergantung kepada tahap kerosakan tulang rawan. Pada peringkat awal, pesakit diberi ubat tahan sakit dan khasiat tambahan supaya tubuh dapat memperbaiki tisu tulang rawan yang haus.

Pada tahap serius iaitu apabila semua tulang rawan haus dan tulang bergesel, pembedahan gantian sendi perlu dilakukan. Permukaan sendi (rawan) yang rosak dibuang dan alat baru iaitu implan logam dan plastik diletakkan bagi menggantikan peranan tulang rawan yang rosak. Pembedahan mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit.


Bagaimana keadaan pesakit selepas pembedahan?

Selepas pembedahan, hampir semua pesakit boleh berjalan dan tidak mengalami kesakitan.


Berapa lama alat ganti berkenaan boleh tahan?

Kira-kira 10 tahun lalu, kita bergantung maklumat pakar bedah terkenal iaitu alat ganti berkenaan boleh bertahan antara 10 hingga 15 tahun. Kebanyakan negara menyimpan rekod daftar mengenai pembedahan gantian sendiri, misalnya Australia, Britain dan negara-negara Scandinavia.

Setiap pembedahan gantian sendi akan didaftarkan dan Scandinavia mendaftar lebih 30 tahun manakala Australia lebih 10 tahun. Menerusi daftar berkenaan, kita boleh mengetahui tempoh pembedahan gantian sendi lutut boleh bertahan lama.

Dalam kebanyakan kes, kemungkinan untuk alat ganti yang dipasang boleh bertahan lebih 15 tahun ialah 15 peratus. Maknanya, daripada 100 orang menjalani pembedahan gantian sendi, 80 peratus masih boleh menggunakan alat ganti sendi berkenaan.

Lama alat ganti sendi berkenaan boleh bertahan bergantung kepada beberapa faktor penting:

1) Masa pembedahan — sendi gantian perlu diletak tepat pada kedudukannya. Jika senget, berkemungkinan ia cepat rosak. Kini ada cara untuk memastikan ia tepat pada kedudukannya iaitu menggunakan alat navigasi komputer ketika pembedahan dijalankan.

Dengan teknologi masa kini, alat ganti sendi lutut yang dipasang tahan lebih lama dan lebih bagus berbanding pembedahan dilakukan sebelum ini.

Permukaan sendi tiruan tahan lasak dengan teknologi baru pembuatan bahan alat ganti yang lebih baik.

Penggunaan alat navigasi komputer yang canggih dapat mengatasi masalah ketepatan kedudukan. Ketepatan bagi memasukkan alat ganti berkenaan dengan alat berkenaan ialah 0.5 darjah. Sebelum penggunaan peralatan canggih berkenaan, pemeriksaan X-ray dilakukan ke atas pesakit dan ia cuma dapat dilakukan apabila pembedahan selesai.

Peranan alat navigasi komputer tidak jauh beza dengan Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System, GPS). Di dewan bedah, ada kamera seperti satelit dan peralatan bedah. Ketika membuat pembedahan, kamera itu akan menentukan kedudukan tepat pembedahan.


Adakah pesakit boleh mencangkung selepas menjalani pembedahan gantian sendi?

Soalan ini kerap ditanya. Pesakit yang menjalani pembedahan akan berada lima hingga tujuh hari dalam wad dan apabila dibenarkan keluar, dia boleh berjalan dengan alat bantuan berjalan atau tongkat empat kaki selama satu atau dua bulan.

Selepas dua bulan, pesakit mampu berjalan tanpa bantuan alat sokongan berkenaan. Bergantung kepada pesakit, jika sebelum pembedahan dia tidak boleh mencangkung, sukar untuknya berbuat demikian selepas pembedahan.

Untuk individu tertentu yang boleh mencangkung sebelum pembedahan gantian sendi, dia mungkin boleh membengkokkan sendi lutut lebih banyak selepas pembedahan.

Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya elak mencangkung kerana menyebabkan sendi tegang dan menanggung beban tubuh lebih tinggi.


Kebanyakan pesakit risau mengenai pembedahan disebabkan sakit yang dialami selepas pembedahan. Adakah kaedah yang dapat membantu mengatasi kesakitan ketika dan selepas pembedahan?

Pencapaian terpenting untuk pembedahan ini ialah kawalan kesakitan ketika pembedahan. Ada banyak cara untuk tahan sakit.

1) Epidural iaitu memasukkan tiub ke dalam tulang belakang untuk mengawal kesakitan. Penggunaan kaedah ini mampu bertahan daripada sakit pembedahan selama tiga hari.

2) Kebaskan saraf supaya pesakit yang menjalani pembedahan tidak berasa sakit. Ia dilakukan dengan memasukkan tiub halus di tepi saraf paha.

3) Ubat pelali — ketika pembedahan, suntik ubat pelali ke dalam lutut yang dibedah dan ubat tahan sakit itu bertahan sehingga 12 jam.

4) Doktor memberi lebih perhatian atau tumpuan kepada pesakit. Jika dulu, jururawat akan memeriksa suhu, kadar pernafasan, tekanan darah dan nadi serta bertanya pesakit mengenai tahap kesakitan dialami, kini ada program tambahan iaitu Analgesia Kawalan Pesakit (patient control analgesia, PCA). Teknik melegakan kesakitan oleh pesakit sendiri itu menggunakan mesin yang di dalamnya ada ubat tahan sakit. Teknologi ini lebih baik berbanding 10 tahun dulu.

Kini, ubat terbaru dipanggil COX-2, keberkesanannya setanding dengan suntikan dan tidak mencetuskan kesan sampingan seperti gastrik.


___________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)



4 comments:

cik panadol said...

urm kalo perlu, buat la operation ni...jgn sampai terjejas pergerakkan abg tu di sebabkan sakit lutut tu....

Melati Qistyna's Mummy said...

Mak pon dok sakit lutut skang ni... Dia berumur 67 taun, mmg terbatas pergerakan... Kalau sakit sgt smpi xleh ke masjid... :(

Mg assoy bertambah baik... Dan jika perlu amik lah apa jua langkah yg menyenangkan assoy....

ASSOYFINGER67 said...

cik panadol;baru peringkat awal..harap tak perlu..nak kuruskan badan dulu..huhu

Melati Qistyna's Mummy;thanks for moral support..:)

Anonymous said...

untuk hilang atau kurang kesakitan di bahagian lutut cuba sapu minyak DABUS Aromaterapi. juga berkesan untuk mengubati parut dan kesan luka.