Friday, January 13, 2012

TASIK KENYIR, TERENGGANU BAKAL PESAT MEMBANGUN

13/01/2012-12:02am

Salam.

Baru tahu tentang hal ini. Mungkin ia masih baru atau aku yang tak berkesempatan membaca atas sebab kesibukan. Kalau di baca dari perancangan memanglah pulangan lumayan akan menanti. Tak sangka juga Beng Kiang sebegitu kaya...apapun tentu dia berusaha gigih....Apa yang ditakuti pembangunan di Kenyir nanti akan menyebabkan kemusnahan alam semulajadi di Kenyir secara perlahan...tak dapat bayangkan plastik bertaburan (orang Malaysia nie kuat guna plastik) lebih2 lagi bila buka pusat membeli belah...harapan agar semuanya akan difikirkan dan terpelihara atau satu hari nanti Kenyir tinggal nama saja....

____________________________________

Beng Kiang rancang labur RM500j bina pusat beli-belah Tasik Kenyir


2012/01/12

BEKAS pemain beregu badminton negara, Soo Beng Kiang bakal menjadi antara pelabur terbesar di Tasik Kenyir apabila beliau merancang melabur kira-kira RM500 juta di kawasan tasik itu yang akan dibangunkan kerajaan Terengganu sebagai pusat beli-belah belas cukai.

http://kejuruteraanpancing.blogspot.com/2010/07/tasik-kenyir-terengganu.html 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri pada dasarnya sudah meluluskan permohonan Beng Kiang bersama rakan kongsinya untuk menyediakan kemudahan sukan, rekreasi, chalet dan hotel di tasik yang mempunyai kira-kira 340 pulau yang mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong apabila ia dibuka kepada umum sebagai kawasan bebas cukai.


Lokasi : Tasik Kenyir
kakipancing.net
Beliau berkata, pembangunan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai adalah satu daripada pelan pembangunan pelancongan jangka panjang di Terengganu.
Kita percaya dengan pelaburan ini, sudah pasti tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 300 pulau itu mampu menjadi antara kawasan pelancongan terkemuka di negeri ini. - Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu
"Beng Kiang menyatakan hasrat mahu melabur kira-kira RM500 juta untuk membangunkan kemudahan sukan dan rekreasi serta chalet dan hotel di Tasik Kenyir.

"Kita percaya dengan adanya pelaburan seperti ini, sudah pasti tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 300 pulau itu mampu menjadi antara kawasan pelancongan terkemuka di negeri ini," katanya.


Pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi 
hassan1663.blogspot.com

Ahmad berkata, kerajaan negeri mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai antara tulang belakang ekonomi negeri dalam tempoh tiga tahun akan datang dalam usaha mempelbagai sumber pendapatan negeri yang ketika ini hanya bergantung kepada minyak dan gas.


Tasik Kenyir Free Tax Zone akan beroperasi pada 2012 nanti
abushahid.wordpress.com

Katanya, bagi memastikan sasaran itu tercapai, kerajaan negeri akan membina lebih banyak prasarana sektor pelancongan termasuk menarik pelabur membina lebih banyak hotel baru termasuk hotel bajet dalam tempoh dua tahun ini selain membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang istimewa. 


 Arapaima gigas aka Ikan Naga catch at Tasik Kenyir
malaysia-kini.com
"Walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu, tetapi jumlah kedatangan pelancong termasuk pelancong asing ke negeri ini terus meningkat kepada 3.9 juta orang tahun lalu berbanding 3.8 juta tahun sebelumnya.

http://gambargambarpelik.blogspot.com/2009/02/tinjau-khazanah-tasik-kenyir.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TemasyaalamTasikKenyir/Article 

"Tahun ini, kita sasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini seramai empat juta dan apabila siap sepenuhnya Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan dan kawasan pulau bebas cukai, kita jangka ia mampu menarik sekurang-kurangnya sejuta orang setahun melawat ke tasik itu saja," katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BengKiangrancanglaburRM500jbinapusatbeli-belahTasikKenyir/Article

____________________________EnD

CERITA BARU ELLEN  

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

cik panadol said...

bapak besar ikan naga tu....hahaha kompom tak berani sy nk masuk dlam air tu!