Sunday, December 23, 2012

NICOL DAVID (TAHNIAH)...."SAYA MAHUKAN SEMUANYA!"


23/12/2012-09:58am
Assalam...
Memang bangga.respect habis at Nicol nie....
dah boleh buat animasi Queen Of Squash nie....haha



_______________________________________

Nicol lakar sejarah tersendiri,

Gelaran ketujuh

23/12/2012

TUMPU...Nicol (kanan) berjaya atasi semua strategi disusun Laura.
TUMPU...Nicol (kanan) berjaya atasi semua strategi disusun Laura.


PEMAIN skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol David, merangkul gelaran Terbuka Dunia ketujuh selepas menumpaskan Laura Massaro dari England pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia, semalam.
Menurut laman sesawang rasmi pertandingan itu, www.worldopensquash.com, pemain berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu menyingkirkan pemain pilihan ketiga itu dalam masa kurang setengah jam.
Logo of 2012 WSA Cayman World Open.jpg

Pada perlawanan akhir di Camana Bay, Kepulauan Cayman, Nicol tidak berdepan masalah menumpaskan Laura, 11-6, 11-8, 11-6.


“Sukar untuk saya percaya,” kata Nicol. “Saya puas hati. Laura bermain dengan baik dan berjuang untuk mendapat mata, saya tidak dapat berehat langsung. “Saya fokus pada perlawanan ini tapi perlu lebih cemerlang kerana mahu menang. Saya terlalu inginkan gelaran ini, menang sekali lagi di Kepulauan Cayman, gelaran dunia ketujuh, saya mahukan semuanya!” Nicol turut menghargai pengalamannya pada kejohanan itu.



http://www.worldopensquash.com/today.htm
“Terima kasih kepada penyokong di Cayman atas semangat mereka, lebih hebat berbanding tempat yang pernah kami kunjungi sebelum ini,” katanya yang turut bercadang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kepulauan itu sebelum pulang.


Laura yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu, mengucapkan tahniah kepada Nicol.


http://www.worldopensquash.com/today.htm
“Saya bangga dapat mara ke final tapi sedikit kecewa kerana gagal menewaskannya,” katanya.



http://www.worldopensquash.com/2012new/today.429.jpg

“Anda perlu bekerja lebih keras untuk menewaskannya, dia jarang tewas dan saya mencari jalan melakukannya tapi dia berjaya mengatasi setiap gerakan saya.

http://www.nysquash.com/news/2012-dec-22/wsa-seventh-heaven-nicol-david-cayman-world-open


“Saya mengharungi kejohanan serta pengalaman yang hebat. Tahniah kepada Nicol kerana menang satu lagi gelaran.” Dengan kemenangan itu, Nicol mencipta sejarah tersendiri dan skuasy wanita untuk menjulang tujuh gelaran dunia. - Bernama

2 comments:

Uji Hussein said...

Ibarat diam- diam ubi berisi.Tak de kecoh2 tapi dah 7 kali juara dunia.

krole said...

sememangnya atlit yang berbakat~