Sunday, October 20, 2013

NORA DANISH PERLUKAN MASA UNTUK BERSEDIA JADI ISTERI....

20/10/2013-06:00am
Assalam.....
Tengah hot nie, rugilah kot nak kawin2..huhu, hilang glamour you!
__________________________
Nora Danish, Nadeem Belum Bincang Soal Kahwin
Ahad Oktober 20, 2013

Nora Danish
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish yang kini berkawan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri memberitahu belum lagi membincangkan soal perkahwinan.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31,berkata, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
"Saya akui dia adalah lelaki paling rapat namun buat masa ini kami tidak lagi membincangkan soal perkahwinan.
"Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik," katanya kepada mStar Online pada sidang media teater Bahayanya Wanita, di Istana Budaya, Jumaat.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim.
Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.
"Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna.
"Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu," katanya.
Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih.
"Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang teater Bahayanya Wanita, Nora yang kali pertama menerima perlawaan Frensis Sdn Bhd iaitu kepunyaan Erra Fazira, Umie Aida dan Ziela Jalil ini mengakui agak berdebar untuk berlakon disamping barisan pelakon-pelakonnya.
"Ini kali pertama saya menerima tawaran untuk berlakon teater dan sangat berdebar serta takut untuk bergandingan pelakon-pelakon hebat lain.
"Saya cabar diri saya untuk berada di atas pentas di depan orang ramai,"katanya.
Antara barisan pelakon lain yang menjayakan teater ini ialah Erra Fazira, Umie Aida, Zizan Razak dan Johan As'ari.
Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya.
_________________________________EnD

1 comments:

Annassul Firdaus bin Rapaiee said...

salam 1 malaysia...saya newbis dalam dunia blogger ni..diharap sudi memberi kerjasama dalam blogwalking ni..
segala tindak balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..
salam perkenalan dari saya- annassul

http://updatenew5.blogspot.com/