Thursday, November 21, 2013

RATU ROCK ELLA DISANGKA HAMIL

21/11/2013-12:59pm
Assalam...
Salah sangkalah
_________________
Penyanyi Ella Buang Apendiks Disangka Hamil
Khamis November 21, 2013

Ella memberitahu dia menjalani pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri dan sedang dalam proses pemulihan.
KUALA LUMPUR: Ratu rock Ella menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi.
Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.
"Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu," katanya kepada mStar Online.
Ella ditemui pada pertandingan akhir Ratu Rania di Studio 2, Astro Bukit Jalil di sini malam Rabu.
Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya.
Dalam pada itu, Ella tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album terbaharunya pada tahun depan yang kini masih dalam proses pembikinan.
"Alhamdulillah, saya tidak sabar untuk menghadiahkan peminat-peminat dengan lagu terbaru.
"Malah selepas pelancaran album tersebut, saya akan mengadakan konsert jelajah pula," ujarnya.
_______________________________EnD

0 comments: